Wednesday, July 13, 2011

PANGGILAN "ABANG"


Selalu mummy dengar, kawan2 mummy panggil husband dorang 'abg' .....lembut nyer si isteri memanggil panggilan 'abg'.......bagusnyer si isteri.....mummy sendiri pn tak pernah memanggil babah dengan panggilan 'abg'......

pernah cuba semasa di awal perkahwinan tp mesti tergelak sendiri sbb dah terbiasa dengan panggilan "darling .."en talib" or "entut"....maaf yer panggilan entut tu memg dah terbiasa dari zaman awal perkahwinan....ada citer disebalik panggilan tu....

kadang-kadang mummy terfikir, berdosakah mummy jika tak panggilan suami dengan panggilan 'abg'.....tp serius mummy memg segan nak panggil  babah dengan panggilan 'abg'....sebab nyer mummy berkawan biasa ja ngan babah masa mummy berkeja di syarikat swasta.....babah jenis nakal n suka mengusik....kami tak brapa bercakap masa kami berkeja di syarikat swasta tu...bila mummy dah bertukar tempat kerja baru mummy mula berborak ngan babah.....masa tu biasa2 ja...berkawan 6 bulan  sebelum mengambil kata putus untuk berkawin......

Jadi kami dah terbiasa dengan panggilan semasa zaman berkawan dulu...dari panggilan hang, awak, talib dan akhir skali darling...babah pun tak pernah paksa mummy...sbb babah bahasakan diri "I" , "U" , "busyuk" dan darling saja dengan mummy....


Contohnya:


Mummy: darling "u" nak makan apa hari nie...?
Babah: ikut "u" la busyuk....."i" ikut ja....

itu sebagai contoh perbualan harian mummy n babah....biasa-biasa ja

Nota kaki:Korang semua panggil suami korang apa yer? abang? honey? B? sayang? anja? intan payung? apa-apa pun pada pendapat mummy yang penting hormat dan sayang pada suami.....tak kisahlah nak panggil suami tu apa, asalkan jangan melampau panggilan atau nama gelaran tersebut........

No comments:

Post a Comment