Sejak bergelar mummy kepada azroiee & adleena kehidupan mummy makin busy, kelang-kabut....tambah plak sekarang azroiee dah gie tadika...rasa kurang ja masa nak siapkan itu ini....
Klu dulu mummy bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengepam susu, susukan adleena dan tukarkan diaper dia. tp itu dua bulan lepas sbb skrang adleena dah tak EMB kat umah babysitter...adleena dah mula minum susu formula cuma kat umah ja dia tak nak...tp still menyusu adleena sebelum bangun mandi... Lepas tu, macam biasa mummy pun mandi. Lepas mummy mandi, babah pulak mandi. Lepas mummy dengan babah dah siap baru mummy kejutkan azroiee untuk dia pulak bersiap-siap.
Macam tu lah rutin mummy kalau hari-hari bekerja...Nasib baik beg sekolah n beg umah babysitter dah kemas waktu malam...klu tak setiap hari punch card merah ja..penyakit mummy nie takda ubat sbb mummy nie memang jenis tidur awal....lepas dah settle semua keja terus gie mandi n time to baring2... nasib la klu ada anak2 yang tak nak tido...turn babah plak la... Penat tau... kata ja keja ofis tp penat gaya macam pergi berkebun je atika oiii...Hahaha.
Masa mula-mula azroiee gie tadika memang agak kelang-kabut nak handle azroiee nak pergi sekolah pastu nak handle adleena lagi. Tapi sekarang ni mummy macam dah boleh biasakan diri...bangun seawal mungkin kemas apa yang patut n dalam kol 7.30 dah bleh kluar umah....
Kalau weekend pulak, selalunya mummy sibuk dengan kerja-kerja rumah... Hujung minggulah masa untuk basuh baju n buang sampah...keja tu yg paling malas...skrang dah tambah satu keja...kena basuh kasut sekolah anak plak...huhu...dah lama dah tak basuh sekolah...kira rare gak la basuh kasut sekolah anak...klu menyapu n mengemop tiap2 malam mummy buat selepas anak2 masuk bilik...dah jd kebiasaan buat benda tu...kira takdalh mengemas teruk sgt hujung minggu...Dah settle keja umah, macam biasa gie umah MIL....sunday gie umah mak mummy plak...sebelum gie mana-mana mummy akan pastikan yang mummy dah iron baju untuk seminggu...klu dulu baju mummy n babah ja tp sekarang dah tambah satu lagi baju...baju tadika azroiee...tak cukup ngan itu, baju anak2 gie umah babysitter semua mummy iron...smpai naik muntah nak iron baju berbukit-bukit tu...tp dah nak buat mcm mana dah jd kebiasaan baju basahan pun beriron..sbb tu sebelum gie mana-mana baik iron siap2 takut nanti penat tak terdaya nak bangun awal pagi..
Walaupun penat sikit sejak menjadi mak budak kepada dua orang anak ni, tapi jauh kat sudut hati mummy sebenarnya mummy happy. Walaupun kena bangun tengah malam menyusu adleena, kena selimut azroiee dan buat macam-macam kerja rutin harian, tapi mummy happy demi anak-anak. Anak-anak mummy yang jadi kekuatan mummy sekarang ni. Mummy sayang Azroiee Tuafiq dan Adleena Tasneem...
Saya mummy kepada dua anak skrang...