Monday, October 31, 2011

PROTON VIP

Assalamualaikum.....

Dah petang ye kawan2.. baru mummy nak update blog ni. hehe.. sekarang ni musim hujan petang kan.. malam tadi hujan malam, pun best juga, sedap je tido tak payah buka ekon, pasang kipas pun dah sejuk..sedapkan hati sbb umah mummy tak ekon...hehehe 
Sebenar nyer, mummy nak citer tentang VIP Program......takdalh terror sangat tp boleh lah nak mengoreng......hehehe.....saja godek-godek n terjumpa peraduan nie....so marilh beramai-ramai menyertai nyer yer....



Apa yang perlu kengkawan lakukan adalah menjawab beberapa soalan yang mudah....Klu kengkawan memiliki sebuah atau berbuah kereta PROTON, dan mempunyai citer yang menarik tentang kereta PROTON kengkawan boleh la berkongsi dengan pihak PROTON dan mengambil peluang dan akan diberi ganjaran!....."Makeover Proton tengah mencari citer -citer tentang pemilik PROTON dan citer lucu atau penyejuk hati yang dapat peluang untuk kengkawan makeover kereta kengkawan.....oleh itu, jika kengkawan mempunyai sebuah atau berbuah-buah kereta PROTON, dan kisah peribadi atau pengalaman yang contoh minat / cinta kengkawan untuk kereta kengkawan, masukkan sekarang dalam VIP......



Bagaimanapun, program PROTON VIP Makeover akan berjalan sehingga akhir tahun ini ..........dengan penyertaan tutup pada 28 Disember 2011.... Terdapat lebih banyak peluang untuk kereta kengkawan mendapat makeover lengkap.....SELAMAT MENCUBA NASIB....


Friday, October 28, 2011

LUAHAN PERASAAN




Salam kengkawan! Lama sudah mummy tak mengupdate entry sbb banyak tugas pejabat dan aktiviti luar membuatkan idea mummy sedikit terbantut untuk mengarang di sini. Baiklah, dipendekkan cerita saja lah; ofis mummy sebagai urusetia Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang dan mummy sbgai orang kuat program ini tp malang nyer apa yg mummy buat semua tak dihargai oleh Ketua Jabatan....semua nyer salah faham disebabkan kesalahan orang lain mummy yg terima akibat nyer....

cerita nyer kerana jabatan lain tak terima surat jemputan majlis perasmian dari pihak ofis mummy....padahal jabatan tersebut dah terima n cop dalam buku despatch....tu pn masih mengatakan tak terima.....semua ini saja propaganda nak betulkan diri sendiri....yang tersepit mummy gak.....dah tunjuk bahan bukti tp masih tak nak percaya n cakap semua yg mummy buat tipu n tak betol......tu la kan payah bila bercakap dengan orang yg lebih berpangkat dari kita n tak nak tgk kesahihan perkara tersebut n suka salahkan orang bawahan....lepas tu bos mummy plak tak sokong mummy, cuma mendiamkan diri.....tu yang mummy sedih sangat.....

apa salah mummy sampai ketua jabatan sering salahkan mummy....padahal salah tu berpunca dari orang lain tp mummy yang kena.....mummy dah banyak kali bersabar, n sampai bila mummy kena bersabar.....bila nak tukar, mummy takut dengan persekitaran pejabat baru.....kawan-kawan mcm mana plak?.....kat sini semua best kecuali ketua jabatan unit ja....tu yg KIV surat tukar.....

klu masih berterusan, jalan terbaik untuk mummy adalah bertukar ke jabatan lain la jawab nyer....kepada kawan-kawan mummy yang banyak membantu bagi menjayakan program HPPN & KK peringkat negeri pulau pinang tahun 2011....mummy ucapkan terima kasih tak terhingga....bukan nak melepas kerja tp mummy dah tawar hati nak menjayakan bersama.....orang tak nampak kepayahan & kesusahan mummy....

nota kaki: Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Tuesday, October 25, 2011

BAHASA PELAT




Mummy n babah tidak membiasakan diri berkomunikasi dengan azroiee dalam bahasa pelat. kami cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan betul. sehingga kini mummy praktikkan perkara yang sama. mungkin ianya nampak mummy n babah tidak mesra dengan azroiee dan nampak agak tegas dalam mendidik azroiee bukan?

ini tidak bermaksud mummy n babah tidak mesra dengan azroiee kami. kemesraan antara anak-beranak itu tetap wujud. cuma kami praktikkan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam nada suara yang agak manja seperti keanak-anakkan bagi menarik dan memujuk si kecil. itu saja cara yang kami lakukan terhadap azroiee.

mummy pernah terbaca dalam satu artikel di mana ibu bapa tidak digalakkan berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat dalam sistem perkembangan dan pertumbuhan si kecil. jadi mummy sangat bersetuju dengan artikel tersebut. jadi mummy n babah cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh azroiee.

tapi di sini tidaklah bermaksud mummy n babah langsung tidak menggunakan bahasa pelat dalam menarik perhatian azroiee cuma mummy n babah hadkan penggunaannya. tapi dalam masa yang sama mummy n babah cuba zero kan penggunaan bahasa pelat ini apabila azroiee semakin membesar kini. sebab si kecil akan lebih cepat menangkap dan faham apa yang kita cuba sampaikan dengannya.

sebagai contoh jika mummy mahu memberi azroiee susu mummy akan bercakap dalam bahasa yang mudah " azroiee nak susu ye?" dan kadang-kala mummy akan bercakap begini "azroiee nak air ye?"

oleh kerana azroiee baru berusia 11 bulan jadi pendekatan yang kami gunakan cuba sebaik mungkin memperbetulkan bahasa azroiee tanpa cuba tidak menggunakan bahasa pelat dalam komunikasi seharian kami.

PENDAPAT MUMMY : tidak wajar menggunakan bahasa pelat sebagai bahasa seharian. kita sebagai ibu bapa perlu cuba zero kan penggunaan bahasa pelat tersebut demi kebaikan pertumbesaran dan pembelajaran si kecil. jadi mummy tidak tahu kenapa ramai ibu bapa di luar sana sangat teruja dalam menggunakan bahasa pelat terhadap si anak. tapi mummy tidak boleh menghalang. kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mengajar anak masing-masing. jadi jangan salah anggap terhadap pendapat mummy. ini hanyalah pendapat mummy saja :).


oh ye hari ini genap umur Azroiee Taufiq 11 bulan 4 hari.
HAPPY 11 MONTHS AZROIEE TAUFIQ

Wednesday, October 19, 2011

KARIER ~GATAI MULUT~

Assalamualaikum..

Hai.. dah beberapa hari tak update blog!! semalam memang tak de masa nak update blog, tapi tak reti pulak nak update blog pakai handphone. tak setting siap2 kat sini, pastu kuar coding macam2, terus tak de mood nak update.. hehe.. Pagi selasa sampai hari nie, busy banyak.. sampaila malam nie still berkhidmat untuk negara.....
 
So, apa cerita mummy menghilang? hehe.. kecoh la minah ni.. tak pela, kita share2 cerita la kan.. pengalaman orang tak sama kan...ofis mummy sbagai urusetia untuk program Hari Peladang dan mummy terlibat 100% untuk program nie....jangan citer la punya banyak surat nak dikeluarkan dalam bulan nie....rasa nyer dah berpuluh surat dikeluarkan n beratus nak dipos.....
 
Tak pela macam tu, dalam rungut2 pun jalan jugakla....hantar sign pengarah, pastu ada tambah lagi. ni dah hari ketiga masih membuat surat yang sama. tambah itu ini. kalau macam tu, tak keluar2 la surat ni okey. fed up. 
 
dah selesai time ofis mummy keja lebih masa plak sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri.....inilah jadinyer klu gatai mulut.....gatai bertanya n terimalh habuan nama tersenarai untuk kerja lebih masa....huhuhu....tinggal babah n azroiee taufiq ja kat umah....
 
oklh mummy dah start keja sbb fail dah sampai n klu ada masa terluang mummy up date lg k.....

Monday, October 10, 2011

DIAPERS APA ANAK KORANG PAKAI?

Assalamualaikum..

sessi petang pulak berblogging .......actually sekarang memang sangat ngantuk.. tak tahu la kenapa. boring sangat. meja tengah bersepah2 dengan kertas, tapi kenapa diri mummy ini terasa boring. kengkawan mummy pun sama, ngantuk jugak........

okey, nak cerita apa yek.. kita cite pasal anak la pulak ........cerita tajuk disposable diapers (DD) apa yang pernah azroiee pakai. okey, masa mula2 before azroiee lahir, tak tahu nak pakai DD apa. masa ni, CD pun tak kenal. rasanya belum fames lagi kot CD ni atau mummy kurang arif..... mula2, mummy beli mamy poko. main ambik je. punya la banyak berak kencing budak kecik ni masa new born. kalau tak silap, asyik bertukar je DD dia. dalam 2 minggu, dah habis sebungkus yang ada 52 keping tu.

pastu, masa dalam pantang, kakak babah hadiahkan DD brand PET PET....kebetulan masa tu DD azroiee pun kian susut....bantal jelh asal peha bam bam tak makan air udah......banyak perbezaan nyer, mami poko ni, even size new born, tapi dia macam besar skit kan. so, dari situ, hati telah jatuh cinta dengan cik mami ni.. tapi memang mahal, tapi bagus, serapan yang kuat. rasanya dalam umur azroiee 3-5 bulan masih pakai mami..

tak lama tu, rasa eee.. mahalnya. try plak Drypers, sebelum tu dah guna mami poko kan, rasa sume brand lain sume macam ada je masalah DD ni. mak mummy bising la jugak sbb suka tukar2 DD, nasib baik kulit azroiee jenis yg tak bermasalh.....jd bleh la mummy tukar DD mengikut bajet mummy & babah......

pastu, gilir2 la ikut kemampuan mummy. kalau ada duit, beli yang elok skit, kalau tak de, beli yang kurang skit la.. sekarang, azroiee pakai drypers...... kira, okey la.. the best for now.

bila pikir2 balik, pampers je, pakai buang plak tu. buat apa la nak pakai mahal2 kan. klu kualiti rendah, takut azroiee berak bocor, malam kencing habis basah cadar. tapi azroiee alhamdulillah, tak de lagi ruam pampers mungkin sbb babysitter kerap sapu Dropolene Cream......

klu pakai CD mummy nya malas nak basuh. takut tahan cd tu berendam dalam baldi 4 5 hari. yela, nak kumpul banyak2 dulu, baru basuh dalam mesin. kalau basuh sehelai2, kang membazir air plak. hehe.. apa daa mummy azroiee ni.
okey la. sori termembebel panjang plak pagi petang ni..

bye.

Friday, October 07, 2011

SIAPA MENTERI KEWANGAN

Pagi tadi semasa mummy n babah on the way ke tempat keja, dengar satu topik di salah sebuah stesen radio berkaitan "siapa menteri kewangan dalam keluarga"........en suami atau puan isteri..... 

Topik yang dibincangkan ini memang menarik minat mummy untuk terus mendengar. macam-macam jawapan dari pendengar. mummy tertarik dengan semua jawapan yang di beri dan di kongsi oleh pendengar.

Siapa yer menteri kewangan mummy.....? sebelum kawin, ayah n mak mummy la menteri kewangan tp bila dah berumahtangga.....babah adalah menteri kewangan mummy....bukan itu ja, babah adalah segala menteri dalam keluarga mummy.....menteri keselamatan dalam negeri, menteri penerangan dan komunikasi, menteri pelancongan, menteri kesihatan, menteri perdagangan dalam negeri, menteri pengangkutan.....hehehe...ambik babah jawatan melonggok....

Tp jangan salah tafsir dgn mummy, sebenarnya mummy bukan selfish tp babah tak pernah tanya n minta gaji dari mummy.....susah senang babah usaha sendiri....segala perbelanjaan azroiee taufiq biar dari berusia sehari  hingga skarang semua ditanggung oleh babah....mummy cuma bayar duit rumah (kuartes) ja....selebih nyer babah tolong settlekan.....brapa sangat duit kuartes tp babah masih tak minta duit dari mummy....tiap-tiap pagi babah masih beri duit sebelum mummy keluar rumah....kata babah duit buat blanja makan....padahal wang gaji masih belum terusik....mummy bersyukur pada ALLAH S.W.T sbb dikurnia suami yang bertanggungjawab seperti babah....

Nota kaki: Menteri Kewangan korang semua siapa yer? apa-apa pun pada pendapat mummy yang penting sikap bantu membantu.....tak kisahlah siapa menteri kewangan.....klu dah duit dalam poket sesak jangan la perasan yang menteri kewangan ja kena bertanggungjawab.....puan isteri pn kena membantu gak....biar sama-sama tahu susah senang....(forum perdana untuk mummy selaku Perdana Menteri)hehehe

segak tak menteri kewangan mummy?

Wednesday, October 05, 2011

DATIM DENGAN ADIK BERADIK


Ini entri basi. Memang cerita ni dah lama sangat mummy peram. Sebenarnya mummy dah lama tulis entri ni tapi asyik tertangguh-tangguh je nak publish. Sebab hari tu mummy agak busy dengan hal kerja di pejabat. Sekarang ni ada masa terluang jadi mummy cuba jugak publish mana-mana entri yang dah terperam lama tu.

As usual, mummy bila hari sabtu lepak dgn adik beradik la jawab nyer.....asal nyer mummy n family dari rumah terbuka yg terakhir sebelum menjelang Zulkaedah....lepas ja menhadiri jamuan raya...mak mummy menukar jadual yg pada mula nyer blik rumah untuk berehat tp kami semua lepaking di Persiaran Queen Bay....best gak sbb dapat tgk karenah remaja-remaja yg sedang dibuai cintan-cintun....hehehe....ramai tok sah la ckap dah mcm konsert....mummy  n family relaks2 sambil makan laksa n jagung rebus....beli dari penjaja berdekatan.....

layan jelah picture yg mummy snap malam tu.....













WORDLESS WEDNESDAY ~ MERASAI KEMERIAHAN~




NOTA KAKI: MUMMY & BABAH MENGHADIRI KENDURI KAWIN JIRAN DI KUBANG PASU DAN MERASAI KEMERIAHAN KENDURI TU SBB KAMI ORANG PERTAMA YG HADIR....HUHU

Tuesday, October 04, 2011

CALLING FOR KASUT CANTIK

Makin lama hati mummy meronta-ronta mahukan sepasang kasut baru. serius mummy dah lama tak beli kasut baru. seingat mummy, yang terbaru cuma awal tahun ni kot mummy ada beli kasut. lepas tu sampai sekarang mummy tak pernah beli kasut untuk diri-sendiri.

untuk azroiee banyaklah. tu lah ada anak, untuk diri-sendiri terabai. oh ye adalah pertengahan tahun hari tu babah beli, tapi selipar scholl je. haha. itu pun sebab kaki mummy dah sakit tahap tak boleh blah masa cari pakaian raya azroiee di sekitar TOWN. so muka selamber je mummy pakai selipar dan kasut yang mummy pakai tu mummy simpan dalam beg. haha.

kalau boleh mummy  nak beli kasut ala-ala macam gambar-gambar kat bawah ni. cantik kan? ke pada pandangan mata mummy je cantik? tapi serius mummy suka kasut jenis macam ni. w/pun ramai yang kata mummy dah tinggi.

gambar-gambar ni mummy google je. terima kasih encik google. ni contoh-contoh kasut dari vincci. kalau nak beli kasut dari jimmy choo tu mummy rasa macam dalam mimpi je lah kot. sebab mummy ni jenis sayang duit sendiri. kasut paling mahal yang ada dalam simpanan mummy pun hanya dari Vincci sajoo....silalah kasihankan mummy ye. banyak kasut dalam almari kasut  yang babah belikan dan mummy dah simpan elok-elok dalam kotak. sebab tinggi bebenor.

Atika Rafina, sebenarnya engkau dah gemuk tu yang engkau macam tak selesa pakai kasut tinggi-tinggi kan?. iyo lah mummy mengaku. mummy dah gemuk sejak bersalinkan azroiee. tu yang mummy simpan je kasut-kasut tu. tapi sekarang ni macam tak sedar diri nak jugak beli kasut fesyen ala-ala artis kan? motif tulis nama fasha sandha kat sini? sebab mummy minat bangat dengan minah tu selain datin Nor Juma dan Aishwara Rai. haha.





 sejak dah gemuk n sakit tumit....inilah kasut yang selesa dipakai ke OPIS....

Selipar dari babah

dan di bawah ni kasut kegemaran mummy dari dulu lagi. mummy pun lupa kat mana mummy beli kasut ni. tapi yg pasti kat Vincci gak.... mummy tak tahu mana perginya kasut ni sekarang. puas dah mummy cari. w/pun kasut tu nampak buruk tapi mummy suka sangat dengan kasut ni. yang paling penting adalah keselesaan ketika di pakai. betul tak?



SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Assalamualaikum..

Sape la tu yang disayang-sayang sangat tu.. hehe.. Of course la permata hati mummy.... budak kecik sorang tu... sape yang tak sayang anak kan.. Lebih-lebih lagi bila dia sorang je yang berkeliaran sekeliling mummy & babah.. Semakin hari, semakin banyak keletah dan ragam yang ditonjolkan. Orang kata, bila dah nak masuk 1 tahun, perangai degil dia tu makin menjadi-jadi.. Tapi kena pujuk dengan cara yang berhemah. kadang2 tu, memang menguji kesabaran mummy & babah.....

sangat manja dengan babah....di mana ada babah, di situ ada azroiee taufiq....tp dalam kereta, masih duduk dengan mummy..nak tido pun kena mummy & babah ada bersama....klu tak, tak pejam la mata nyer..... satu peluang yang baik untuk mummy tido sekali.....
suka sibuk-sibuk dengan apa yang mummy buat.. time nak menonton cd pn sibuk on n off player...huhuhu..

notty boy.. suka 'berpura-pura'...hehe.. comel je.. tido pun comel. bangun je.... mummy n babah berebut cium sbb nak bau baby....bucuk...kalau nak tido, mesti ada bantal peluk dan bantal baring tu..

Hai la anak.. cepat nya dah nak besar.. makin banyak akalnya.. makin banyak skill yg azroiee blajar dari ...

Ok, till now.. babay.. wassalam







p/s: babah jangan sentap pulak ye...babah nya pun semakin hari semakin mummy sayang jugak.. hehe..