Friday, June 22, 2012

MARI MEMBACA

Hari nie mummy terlebih idea n saja nak citer tentang perkembangan azroiee.......Sejak umur azroiee 3 bulan lebih ini, hati mummy bagai melonjak-lonjak tinggi mahu mencarikan azroiee bahan bacaan. ini memang target mummy dari dulu lagi mahu mendedahkan azroiee dengan bahan bacaan bila umur azroiee melebihi 3 bulan. sekarang mummy banyak membuat pemerhatian bagaimana mahu mendidik anak melalui early education ini hanya di rumah.


memang teruja apabila mummy pernah membaca satu artikel di newspaper di mana seorang ibu mendidik anak-anaknya hanya di rumah dari awal kelahiran sehingga dewasa tanpa menghantar ke sekolah. anak-anak beliau hanya mendapat pendidikan di rumah dan cuma mengambil peperiksaan secara persendirian. teruja dengan kegigihan ibu ini mengajar anak bermain piano, computer, kelas agama, kelas aktiviti riadah segala...
mummy melihat sekarang ini azroiee sudah menunjukkan minat terhadap imej2 bergambar yang mempunyai warna yang menarik. jadi mummy decide membelikan azroiee bahan bacaan juga flash card for toddler...start last month mummy sudah mula mendedahkan azroiee dgn flash card dan buku yang mempunyai imej menarik dan berwarna-warni. Alhamdulilah azroiee memberi reaksi yang memberangsangkan.




Nota Kaki : Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”

Thursday, June 21, 2012

GAYA MACHO AZROIEE



 
 

 




Kali ni nak cerita sikit pasal anak teruna mummy. Sekarang ni umur Azroiee Taufiq dah 1 tahun 7 bulan. Sekejap je masa berlalu. Makin besar makin banyak akal yang dia dapat dan belajar. Makin banyak ragam dan kerenah dia yang mencuit hati mummy dan kadang-kadang ada jugak yang buat mummy bertukar menjadi tarzan berkuasa dua. Haha. Tapi taklah betul-betul jadi tarzan. Cuma kadang-kadang tu ragam Azroiee tu betul-betul menguji kesabaran mummy. Biasalah tu ragam budak yang tengah nak membesar kan? Kita sebagai mak bapak memang kena banyak belajar bersabar.

Azroiee kan sekarang ni dah pandai memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Mummy rasa dia ni banyak ikut perangai mummy masa mummy dulu. Masa dulu, perangai mummy memang ala-ala poyos sikit. Suka memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Pada hal benda tu kecik je tapi mummy selalu besarkan hal kecik tu. Mungkin emosi time tu tak stabil dan nakkan perhatian lebih. 

Dulu mummy kalau merajuk dengan babah, mummy suka duduk dalam bilik sorang-sorang. Dan sekarang ni mummy tengok azroiee dah mengikut sikit-sikit perangai mummy tu. Kalau dia merajuk dia akan pergi cari tempat yg sesuai nak sembamkan muka dia.....

 
'Hah ikut perangai siapa tu kalau tak ikut perangai mummy dia dulu'

Sebenarnya mana-mana budak pun ada je ragam masing-masing. Kita sebagai mak bapak budak memang kena pandai layan dan control ragam diaorang ni. Macam mummy, memang mummy tak nafikan mummy jenis manjakan anak. Dialah intan payung mummy wei.. Apa yang mampu mummy ikutkan je rentak anak mummy ni. Tapi tak adalah mummy manjakan AZroiee sampai dia naik lemak. Kadang-kadang mummy cuba jugak bersifat tegas dengan Azroiee. Sebab mak mummy pernah pesan, kalau anak buat salah dari kecik kita kena tegur dan ajar dengan cara bagitahu dia perkara yang betul. Jadi mummy cubalah praktikkan apa yang mak mummy pesan kat mummy tu. InsyaAllah kalau kita selalu terapkan budaya ni lama-lama anak akan cuba ikut apa yang kita ajarkan tu.

Eh oklah sebenarnya mummy tak tahu nak buat penutup entri ni macam mana. Ayat pun dah carca marba. Haha. Sekarang ada kerja sikit. Nanti kalau mummy free mummy buat entri baru lagi ye.

JALAN JALAN CARI MAKAN

Satu hari tanpa dirancang,babah bawak mummy n lil azroiee gie makan dekat HARVEST IN CAFE terletak di No 10, Irrawaddy Road, 10050 Penang.....tengah menaip pun terkecur air liur.... #tuptaptuptap#

Klu sesiapa pengemar westend memang terbaek sangat datang sini sbb portion makanan di Harvest agak besar...dalam hati teringin nak makan spaghetti Olio Seafood....Tapi apakan daya sbb babah bukan pengemar seafood....klu share dengan azroiee confirm tak abis....dua tiga mulut dah tak mau.....


maka nya inilah makan yang dipesan untuk dinner kami tiga beranak.....


Mushroom Soup yg TERBAEK

Chicken Chop Black Pepper

Lamp Chop BBQ Souce


Jelly & ice cream

cheese cake & ice cream.....muak giler cake dia


nurget untuk lil azroiee....


 
Overall, memang sedap klu gie ramai2 seronoklh sbb big portion....Next time mesti try spaghetti Olio Seafood...

Nyummmmmm.................


                                

HAPPY FATHER' S DAY

Happy Father's Day to all fathers...especially to my Darling, Ayah and Ayah Mertua.

Masih belum terlambat mummy nak wish Hari bapa...Tahun nie mummy sambut dua tempat....hari sabtu rumah ayah mertua n hari ahad sambut untuk ayah mummy di kuarters.... Adat orang dah berkawin macam ni lah kena sama rata. Tak nak bagi diorg kecik hati di hari istimewa ni. Korang tahu lah orang2 tua ni mulut cakap tak apa....tapi dalam hati merajuk....comel2. Eh! mummy pun suka merajuk dalam diam kalau orang lupa tarikh2 istimewa. 

 Happy Father's Day Babah & Tok Ba....



The best babah in da World!...Ialah mana tak bestnya babah, dia akan ikut jer kemahuan lil azroiee. babah lembut hati bila ngan anak, klu dengan mummy jangan harap la azroiee.... kemain berkeras lagi. Korang bayangkan azroiee kol 12 mlm ajak main tab....nak tonton televisyen bagai malam2 buta.....

Berbalik kepada entry.... Hari Ahad celebrate kat rumah mummy jer. Keluarga mummy  memang suka kalau makan2 buat kat rumah jer...maklumlah adik beradik ramai...berbaloi sikit rasanya makan kat rumah. Since rumah ni ada laman yang luas bolehlah berkelah sambil kait rambutan dengan senang hati.



Nie ayah mummy, mummy memang rapat ngan Ayah...kalau berjumpa ada jer lawak mengenakan mak. Tapi dulu Ayah  garang giler tali pinggang mesti melekat kat badan kalau degil. Tapi sejak dah berusia n dah bercucu ni garang dah tak ada langsung dah bertukar pulak jadi Raja Lawak.



Sayang ayah sangat2. Walaupun kami di besarkan dengan serba kekurangan maklumlah adik beradik ramai(4 orang jer) dan waktu tu ayah berkerja sebagai pengawal keselamatan n mak jual kuih muih tapi ayah telah besarkan kami dengan sempurna. ayah ajar kami hidup berdikari, tak pandai nak mintak2 apa yang ayah bagi kami terima dgn senang hati. Kereta pun tak ada so reramai lah naik moto mcm iklan grand livina....Bila mak bersalinkan adik perempuan yg ketiga barulh kami merasa kesenangan, time tu ayah dah tukar keja dari pengawal keselamatan ke Juruternik n mak pun dah mula berjinak bisnes pakaian....dapat jugalh kami merasalh naik keta Toyota KE30.....dan skrg ayah dah bleh merasa kelegaan sbb anak-anak dah berjaya.... Jasa ayah tak terbalas rasanya



Dua insan yang mummy sayang

Alhamdulilah.. Babah adalah bapa terbaik dimata azroiee.. dan dimata serta dihati mummy....hahahah.... babah sangat ambik berat hal azroiee.. kadang babah lagi over dari mummy.. sebab dia kan super cerewet sikit...


Semoga begini selalu dan selamanya ;)

Nota Kaki: SELAMAT HARI BAPA seluruh bapa di dunia yang mencurahkan kasih sayang tanpa batasan buat anak-anak.. we adore u!!!! 

Tuesday, June 12, 2012

MEMORY PREGNANT

Rindu plak rasanya nak  kembali pregnant.....memang dah masanya kot mummy tambah zuriat babah...Orang pn dah ramai bertanya bila nak tambah anak...mummy n babah dah bersedia dari segi mental & fizikal.....mummy n babah sedang berusaha.....Doa-doakan kami yer....Moga rezeki anak untuk mummy & babah masih ada....

Walaupun kekadang terserik dengan drama bergaru -garu satu badan, kejang kaki n jalan mengengkang tp mummy tetap nekad nak merasai pengalaman mengandung lagi....memang dugaannya hebat...dengan alahan ja, sbb time bersalin memang senang sangat....walaupun azroiee 3.75kg tp Allah permudahkannya....tapi its all worth it bila tengok anak membesar depan mata. Jadi penghibur saat duka dengan keletah azroiee & segala-galanya lah....

Hidup terasa lebih bermakna & terisi..Cukup lengkap.... Alhamdulilh, moga Allah permudahkan..Amin





gambat pregnant 6 bulan kot



tengah menunggu hari, masa...1st day raya haji

Friday, June 01, 2012

HAPPY BESDAY AYAHANDA

Happy Birthday ke 48 kepada ayahanda tercinta....
 
Sepatutnya entry nie mummy publish kemarin tap disebabkan mummy menyibukan diri n tak sempat nak karang apa yg sepatutnya....mummy nak ucapkan....
Selamat panjang umur, dikurniakan kesihatan, semoga bahagia bersama-sama cucu, menantu dan bakal2 menantu...Insyallah

Kalau nak bercerita pasal Ayah panjang lebarlah entry nie atau tak pernah habis.....mummy have lots to tell...tp paling penting cinta terhadap Ayah adalah tidak berbelah bahagi, darab, tambah, sama dengan dan lain-lain.......

Ayah mummy bukan jenis suka marah2, ambik rotan pukul, cubit pun belum tentu...tapi kami 4 beradik takut sangat dengan Ayah....Klu nak minta barang apa2 harus fikir ayat terbaik....Ayah akan mendiamkan diri tp tak bermaksud tak dapat....Insyallah benda tu akan ada depan mata biarpun lambat or cepat...yang pasti anak2 akan dapat......

Ayah mummy adalah ayah terbaik di dunia....mummy bersyukur dikurniakan dan dilahirkan dalam keluarga besar nie.....

Statement Berani..........Ayah mummy sangat hensem orangnya....hahaha

Hensem tak?