Friday, June 22, 2012

MARI MEMBACA

Hari nie mummy terlebih idea n saja nak citer tentang perkembangan azroiee.......Sejak umur azroiee 3 bulan lebih ini, hati mummy bagai melonjak-lonjak tinggi mahu mencarikan azroiee bahan bacaan. ini memang target mummy dari dulu lagi mahu mendedahkan azroiee dengan bahan bacaan bila umur azroiee melebihi 3 bulan. sekarang mummy banyak membuat pemerhatian bagaimana mahu mendidik anak melalui early education ini hanya di rumah.


memang teruja apabila mummy pernah membaca satu artikel di newspaper di mana seorang ibu mendidik anak-anaknya hanya di rumah dari awal kelahiran sehingga dewasa tanpa menghantar ke sekolah. anak-anak beliau hanya mendapat pendidikan di rumah dan cuma mengambil peperiksaan secara persendirian. teruja dengan kegigihan ibu ini mengajar anak bermain piano, computer, kelas agama, kelas aktiviti riadah segala...
mummy melihat sekarang ini azroiee sudah menunjukkan minat terhadap imej2 bergambar yang mempunyai warna yang menarik. jadi mummy decide membelikan azroiee bahan bacaan juga flash card for toddler...start last month mummy sudah mula mendedahkan azroiee dgn flash card dan buku yang mempunyai imej menarik dan berwarna-warni. Alhamdulilah azroiee memberi reaksi yang memberangsangkan.




Nota Kaki : Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”

No comments:

Post a Comment