Monday, September 24, 2012

MEE GORENG

Sejak kebelakangan nie mummy malas sangat nak buat keja...rasa lesu sangat2.....nak baring ja keja nyer.....tambahan plak hari isnin, hujan dari pagi sampai skrang......bangun pagi pn dah malas inikan plak nak gie keja.....nak tak nak kena gak  gie keja memandangkan esok meeting n banyak benda tak settle lagi...berpegang pada slogan "saya yang menurut perintah"  gagah gak bangun n iron baju....

Iron baju pn pagi td sbb malas nak iron.....kemarin teman babah gie Sungai Petani tukar kusyen keta....balik kol 7 mlm tp singgah umah pak cik mummy dulu n kol 9 mlm baru bertolak balik....sampai umah kol 10 lebih pn dah teruk...penyakit malas dah bermaharajalela di dalam badan....

Berbalik pada tajuk entry.....skrang mummy tak brapa selera nak makan nasi....klu makan pn sikit ja...tekak tak brapa nak sedap....klu bleh nak makan bergoreng ja....tambahan plak bila tanya azroiee nak makan apa dia akan jawab mee....nie semua sebab iklan mee kari goreng tu....

Maka dengan senang n gumbira mummy buatkan mee goreng sempoi...padahal hari tu babah siap cakap kat mummy yang dia seharian tak makan nasi lagi.....nak tak nak kena gak makan mee...tak kuasa nak masak nasi + mee....tak larat....disebabkan itu babah berangin satu badan asyik sendawa ja...mana taknya esok pn makan mee goreng gak tp kat kedai...sabar yer babah, nanti dah hilang penyakit malas mummy masakan nasi yer....


BAHAN- BAHANNYA

sebungkus mee yang dibasuh n ditoskan.....

babah tak brapa suka sayur dengan itu takdalh sayur hijau

cili pn sikit sbb babah dah pesan tak nak pedas....

mee dah siap digoreng....

close up sikit kasi korang terliur....


p/s: Terharu giler sbb licin n babah cakap sedap nanti bleh buat lagi......


Wednesday, September 19, 2012

PINDAH RANDAH

Dengar tajuk korang mesti ingat mummy nak pindah rumah kan? No No masih menetap di Kuartes Sweet Kuartes......blem berkemampuan nak beli rumah area penang skrang.....insyallah akan datang...

Ofis mummy skrang tengah buat renovation....tu yang tajuk pindah randah..... satu level terlibat, unit sektoral n makro lepas tu baru unit pentadbiran plak....jd semua kakitangan di unit tu semua pindah masuk bilik mesyuarat beramai-ramai....klu ikut dalam mesyuarat pihak kontraktor kena siapkan unit makro dulu n lepas tu baru unit sektoral tp pihak kontaktor terketaq2 nak pecah lantai tu yang mummy n the geng pindah masuk bilik mesyuarat....

Korang bayangkan bila 14 orang duduk dalam satu bilik....riuh rendah....rasa mcm dah nak mengundi plak....macam bilik gerakan, bursa saham, persediaan banjir, cyber cafe n mcm2 lagi la....riuh rendah....best pn ada bila dah duduk beramai-ramai n mula la rasa malas nak buat keja plak sbb banyak citer nak kongsi bersama....hehehe.....kiranya kami semua akan menetap di bilik mesyuarat selama 2 bulan.....

Unit Makro....

Bilik Fail



Laluan ke Unit Sektoral

Bilik Pegawai

  Unit Sektoral

padang jarak padang tekukur


salah sorg staf yg riuh.....

macm bursa saham tak?

ikut suka nak letak mana ......








tuan tanah............

WORDLESS WEDNESDAY




Love You
Love You Too
Love You 3,4,5,6 
&
Big Hugs

Tuesday, September 18, 2012

MUMMY VS AZROIEE

Salam n selamat pagi semua....mummy banyak benda nak citer tp memandangkan bz tahap gaban mummy tangguhkan yer sbb entry tu nak kena unload picture....mummy citer entry yang senang n takda picture yer...

Perbualan pertama
Azroiee : Jom jalan-jalan mi....
Mummy : Nak gie mana?
Azroiee : kuaq (sambil tunjuk di luar rumah)
Mummy : tanya babah?
Azroiee : ba, jom jalan-jalan ba?
Babah : Jom siap.....

Perbualan kedua
Azroiee : Mi nak oyet....(coklat)
Mummy : Tak bleh nanti gigi rosak...
Azroiee : nak oyet gak....
Mummy : Babah, azroiee nak coklat....?
Babah : Nak rotan.....?
Azroiee : Tak mau oyet nak roti la.....

Perbualan ketiga
Azroiee : jom ngok ayaq...(air sungai)
Mummy : Tak mau la.....
Azroiee : jom la....
Mummy : tak mau la dalam ayaq tu ada momok...
Azroiee : mi gayat arr.....
Babah : hehe...Yer la azroiee.....mummy gayat kan...

Itu antara contoh-contoh komunikasi antara mummy dengan azroiee... Kadang-kadang mummy pelik dan terfikir dari mana azroiee belajar semua ni? Sebab tak semua perkataan baru tu mummy yang ajar. Automatik terkeluar dari mulut azroiee bila dia bercakap... mummy terkejut gak la,  bila masa azroiee belajar perkataan ni?


Ramai yang bagitahu kat mummy yang anak lelaki mesti akan lambat berjalan dan lambat bercakap. Kadang-kadang mummy terpengaruh jugak dengan kata-kata orang. Dan mulalah mummy akan risau bila banyak berfikir. Sampailah tiba masanya azroiee dah mula berjalan pada umur 1 tahun 1 bln.... Masa tu pun mummy dah terkejut sebab mummy tak sangka jugak yang azroiee akan berjalan seawal usia begitu, sebab masih memegang persepsi kata-kata orang sebelum ni. Dan sekarang pada usia azroiee yang belum mencecah dua tahun, sekali lagi mummy terkejut sebab azroiee dah mula bercakap menggunakan perkataan-perkataan baru yang mummy sendiri tak pernah terfikirkannya.

Buat masa sekarang ni, azroiee boleh faham arahan dan percakapan semua orang. Kalau ada arahan dan percakapan kita yang dia tak faham, mummy akan cuba terangkan dan betulkan. Cuma sekarang ni mummy kena lebih berhati-hati dan control bila bercakap.....sebab azroiee ni jenis mudah mengikut apa yang orang lain cakap. Itu yang merisaukan mummy sekarang....

Contoh hari tu, mummy panggil babah dengan panggilan ‘darling’. Tak lama lepas tu, azroiee cuba panggil babah dia dengan panggilan ‘darling’ jugak. Puaslah mummy nak terangkan kat azroiee nak bagi dia faham. Kadang-kadang kelakar pun ada bila tengok keletah azroiee ni. Hehe.


Jadi bila anak dah mula berkomunikasi , kita sebagai mak bapak kena sentiasa control apa yang kita nak cakapkan. Sebab dorg dalam peringkat nak belajar benda dan perkara baru. Jadi kita kena sentiasa terangkan mana yang tak betul dan mana yang betul.


Lagi satu, bila anak silap cakap kita kena cuba betulkan. Budak-budak yang baru nak belajar ni selalunya akan bercakap hujung-hujung perkataan macam azroiee ni. Jadi, kita kena sentiasa cuba terapkan perkataan penuh dan betulkan. Walaupun si anak agak payah nak sebut sebab masih baru bagi diri dia, tapi kita kena sentiasa bercakap dalam perkataan dan ayat penuh tanpa berkomunikasi dalam bahasa yang pelat. mummy tak tahulah kalau orang lain macam mana. Tapi untuk diri mummy, memang tak amalkan bahasa pelat dengan azroiee... Mummy tetap menggunakan bahasa dan ayat penuh walaupun kadang-kadang azroiee terkial-kial nak belajar sebut setiap perkataan yang mummy ajar..


Yang penting mummy gunakan cara yang betul. InsyaAllah mungkin berkat kesungguhan mummy & babah akan membuahkan hasil. InsyaAllah mudah-mudahan.
gaya peace azroiee taufiq.........

Friday, September 14, 2012

OPEN HOUSE UPEN

Assalammualaikum......

Salam jumaat, moga diberkati yer kengkawan......kemarin n hari nie mummy free sbb bos takda....maka dengan meriahnya jari jemari menaip.....hari selasa lepas 11 September 2012 bersamaan 24 Syawal Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang adakan Open House.....unit mummy berkhidmat.....

Tahun nie agak meriah sbb mendapat sambutan.....terima kasih kepada semua yang hadir....yang jemput mulut pun datang gak......enjoy sangat.....panggilan terlampau ramai sampai makanan pn kena tambah last minute......tahun nie mummy tak terlibat secara langsung sbb ada perkara yang kena diuruskan....urusan seri paduka baginda...mummy tgh mood raya tp bos bg keja suruh buat terus malas.....apa pn mummy sempat gak la tolong apa yang patut.....

Oklah mummy tak nak citer panjang sbb takda benda nak citer...kita marathon gambar jelh yer.....

 semua staff yang terlibat

geng divas..........


staff gegirls UPEN

Staff boboy UPEN......

Pic first: terdiri dari pegawai UPEN

Pic tengah: Naim & Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang amboi naim tahun nie dapat APC yer....siap bergambar ngan bos besar....mesra alam yer ko.....

Pic last: dah mcm jurutera, time nie dorg tengok pelan ofis...maklumlh tengah renovation

Thursday, September 13, 2012

BERCUTI KE LANGKAWI

Raya ke-4 kita orang gie bercuti ke Langkawi.....malam sebelum bertolak mummy dah booking penginapan n kenderaan.....tp Ya ALLAH mahal bukan kepalang......homestay RM250 semalam n keta pn sama harga....mak mummy nak kereta yang memuatkan 8 orang jd ktorg booking estima......mahal pn mahal la janji bercuti.....

kol 11.00 pagi bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis.....time bertolak hujan selebat-lebatnya....sampai tak nampak jalan....singgah solat kat Kubang Pasu sebelum sampai kuala perlis...

Time sampai Kuala Perlis ramai plak ulat datang offer rumah n keta....mula la mak mummy nak tukar fikiran...maklumlh dengan kadar yang bleh diterima.....dengan itu mak mummy batalkan booking sebelumnya n sewa bilik RM100 n keta avanza RM140 untuk sehari....bleh gak la berjimat cermat...dah la hujan n ramai sangat....nak duduk pn takda tempat....bag pn satu kerusi....kurang ajoq, dah tahu ramai n hujan alihkan la beg tu...nie kes takut bawah beg basah.....

ini bukan pertama kali mummy gie naik feri, rasanya dah banyak kali...tp kali nie agak mencabar sbb hujan lebat n ombak besar....mula2 tak rasa sangat tp bila dah tengah laut mummy tak bleh tahan gayat....azroiee pn mummy tak bleh riba.....pegang tangan babah dari tengah laut sampai feri ditambatan....setiap kali melambung mummy sebut Ya Allah....sampai semua orang perasan....alhamdulilh kami selamat sampai dalam kol 6 lebih2....

Aktiviti Pertama : Gie Idaman Suri....mak mummy dah jadi tak normal bila sampai Idaman Suri....babah siap cakap dah macm penyamun sbb semua orang berebut ambik bakul, pilih2 barang n terus bayar...babah tak perasan yang mummy pn sama, jd tak betul bila tengok semua cantik n semua nak beli....dalam Idaman Suri tak bleh tangkap gambar maka takdalh gambar yg mak mummy n mummy borong....


time tunggu feri...bertolak dari Kuala Perlis kol 4.30 petang.....

baru sehari sampai beg dah beranak......

jenjalan setibanya sampai pantai chenang....
macho nyer anak mummy..........

mcm harry potter

Aktiviti hari kedua: Riadah di Pantai Chenang....adik2 nak main Jetski n Belon Gas.... gambar dorg beraksi ngan jetski n belon gas takda gak sbb dorg main tempat lain mummy ada tempat lain...malas jalan.....aksi dorg main air ada....kira ok la yer



sekeping yer mummy tengok ketot time nie.....seluaq pn terlondeh


Aktiviti hari ketiga: time nie kitaorg dah siap sedia nak last shopping.....nak singgah beli gamat n beli coklat.....

keadaan bilik......tilam tu mcm tilam massage je time tido sbb semua spring timbul....esok pagi semua mengeliat sakit badan....

hari memborong gamat....


Skrang masuk Makam Mahsuri RM5 untuk dewasa n RM3 kot untuk kanak2...tak brapa nak sure sbb mummy beli untuk dewasa ja...azroiee masih free....babah, mak mummy n ayah tak masuk sbb dorg cakap dorg malas nak jalan tengah panas...maka kami berlima ja yang masuk....ketot paling seronok....

bukti ketot sampai Mahsuri....


memborong kain di sekitar Makam Mahsuri........

babah letih n tengah memikir sapa la nak kena bayar kain2 yg diborong........

 Mahsuri + mahsumok = mummy gemuk.....



Makam Mahsuri.......korang baca yer sendiri


gedik yer ko ketot....



ketot nie asal bergambar mesti pandang ke lain.

muka dah letih berjalan n time to susu + sleep....

Kami bertolak balik hari ahad kol 3.30 petang......kami berangkut 2 kali sbb mak borong barang satu keta.....siap sewa troli kargo untuk pindahkan barang dari keta ke feri......cayalah puan hanim............next year kita gie Bandung yer mak.....muach ketat2.....

P/S: satu tudung 3 helai baju.....hehehe jimat tudung....