Tuesday, October 25, 2011

BAHASA PELAT




Mummy n babah tidak membiasakan diri berkomunikasi dengan azroiee dalam bahasa pelat. kami cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan betul. sehingga kini mummy praktikkan perkara yang sama. mungkin ianya nampak mummy n babah tidak mesra dengan azroiee dan nampak agak tegas dalam mendidik azroiee bukan?

ini tidak bermaksud mummy n babah tidak mesra dengan azroiee kami. kemesraan antara anak-beranak itu tetap wujud. cuma kami praktikkan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam nada suara yang agak manja seperti keanak-anakkan bagi menarik dan memujuk si kecil. itu saja cara yang kami lakukan terhadap azroiee.

mummy pernah terbaca dalam satu artikel di mana ibu bapa tidak digalakkan berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat dalam sistem perkembangan dan pertumbuhan si kecil. jadi mummy sangat bersetuju dengan artikel tersebut. jadi mummy n babah cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh azroiee.

tapi di sini tidaklah bermaksud mummy n babah langsung tidak menggunakan bahasa pelat dalam menarik perhatian azroiee cuma mummy n babah hadkan penggunaannya. tapi dalam masa yang sama mummy n babah cuba zero kan penggunaan bahasa pelat ini apabila azroiee semakin membesar kini. sebab si kecil akan lebih cepat menangkap dan faham apa yang kita cuba sampaikan dengannya.

sebagai contoh jika mummy mahu memberi azroiee susu mummy akan bercakap dalam bahasa yang mudah " azroiee nak susu ye?" dan kadang-kala mummy akan bercakap begini "azroiee nak air ye?"

oleh kerana azroiee baru berusia 11 bulan jadi pendekatan yang kami gunakan cuba sebaik mungkin memperbetulkan bahasa azroiee tanpa cuba tidak menggunakan bahasa pelat dalam komunikasi seharian kami.

PENDAPAT MUMMY : tidak wajar menggunakan bahasa pelat sebagai bahasa seharian. kita sebagai ibu bapa perlu cuba zero kan penggunaan bahasa pelat tersebut demi kebaikan pertumbesaran dan pembelajaran si kecil. jadi mummy tidak tahu kenapa ramai ibu bapa di luar sana sangat teruja dalam menggunakan bahasa pelat terhadap si anak. tapi mummy tidak boleh menghalang. kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mengajar anak masing-masing. jadi jangan salah anggap terhadap pendapat mummy. ini hanyalah pendapat mummy saja :).


oh ye hari ini genap umur Azroiee Taufiq 11 bulan 4 hari.
HAPPY 11 MONTHS AZROIEE TAUFIQ

No comments:

Post a Comment