Monday, October 10, 2011

DIAPERS APA ANAK KORANG PAKAI?

Assalamualaikum..

sessi petang pulak berblogging .......actually sekarang memang sangat ngantuk.. tak tahu la kenapa. boring sangat. meja tengah bersepah2 dengan kertas, tapi kenapa diri mummy ini terasa boring. kengkawan mummy pun sama, ngantuk jugak........

okey, nak cerita apa yek.. kita cite pasal anak la pulak ........cerita tajuk disposable diapers (DD) apa yang pernah azroiee pakai. okey, masa mula2 before azroiee lahir, tak tahu nak pakai DD apa. masa ni, CD pun tak kenal. rasanya belum fames lagi kot CD ni atau mummy kurang arif..... mula2, mummy beli mamy poko. main ambik je. punya la banyak berak kencing budak kecik ni masa new born. kalau tak silap, asyik bertukar je DD dia. dalam 2 minggu, dah habis sebungkus yang ada 52 keping tu.

pastu, masa dalam pantang, kakak babah hadiahkan DD brand PET PET....kebetulan masa tu DD azroiee pun kian susut....bantal jelh asal peha bam bam tak makan air udah......banyak perbezaan nyer, mami poko ni, even size new born, tapi dia macam besar skit kan. so, dari situ, hati telah jatuh cinta dengan cik mami ni.. tapi memang mahal, tapi bagus, serapan yang kuat. rasanya dalam umur azroiee 3-5 bulan masih pakai mami..

tak lama tu, rasa eee.. mahalnya. try plak Drypers, sebelum tu dah guna mami poko kan, rasa sume brand lain sume macam ada je masalah DD ni. mak mummy bising la jugak sbb suka tukar2 DD, nasib baik kulit azroiee jenis yg tak bermasalh.....jd bleh la mummy tukar DD mengikut bajet mummy & babah......

pastu, gilir2 la ikut kemampuan mummy. kalau ada duit, beli yang elok skit, kalau tak de, beli yang kurang skit la.. sekarang, azroiee pakai drypers...... kira, okey la.. the best for now.

bila pikir2 balik, pampers je, pakai buang plak tu. buat apa la nak pakai mahal2 kan. klu kualiti rendah, takut azroiee berak bocor, malam kencing habis basah cadar. tapi azroiee alhamdulillah, tak de lagi ruam pampers mungkin sbb babysitter kerap sapu Dropolene Cream......

klu pakai CD mummy nya malas nak basuh. takut tahan cd tu berendam dalam baldi 4 5 hari. yela, nak kumpul banyak2 dulu, baru basuh dalam mesin. kalau basuh sehelai2, kang membazir air plak. hehe.. apa daa mummy azroiee ni.
okey la. sori termembebel panjang plak pagi petang ni..

bye.

No comments:

Post a Comment