Thursday, July 21, 2011

DUNIA C - KECIL

Dunia si kecil sangat indah bukan? bermain, minum susu dan tidur. bila ada yang tak kena dia pasti menangis. so bila si kecil menangis tu mesti ada benda yang tak kena. bila sudah besar sedikit dunia si kecil makin luas. si kecil akan memanjat, mengigit apa-apa barang yang berada di depan mata walaupun habuk bersaiz kecil atau sehelai rambut sekalipun pasti jawapannya masuk mulut. haha.

Macam azroiee jumpa semut pun dia nak kutip masuk mulut. nasib baik tak jumpa taik cicak. sah-sah masuk mulut jugak kot. yes. sebab dulu mummy masa kecik-kecik mak mummy cakap mummy pernah masukkan biji sempua dlm hidung....spesis lain sbb masuk dlm hidung..... sila jangan gelakkan mummy. buat masa nie azroiee belum jumpa lagi taik cicak..... harap-harap di jauhkan...... nanti jenuh mummy nak bersihkan mulut dia pulak.
itu belum lagi bila si kecil dapat kaki. bila dia dah pandai jalan lagilah luas dunia si kecil....mummy tak sabar nak tengok azroiee berjalan terkedek-kedek sambil mummy berlari-lari anak mengejar azroiee. indah bukan? sekarang nie pun mummy dah nampak keindahan tu apabila azroiee menyulur dah mula berdiri (meragaih) pada usia 7 bulan.....cuma situasinya berbeza. azroiee yang akan kejar mummy. kadang-kadang azroiee suka kejar babah..... sekarang nie azroiee dah pandai marah. kalau dia marah dia akan menelekup muka. mummy n babah pasti gelak bila azroiee merajuk...... sebab kami tahu dia tengah marah..... Indahnya jadi si kecil. dia marah pun nampak cute..... cuba kalau orang tua marah buruk rupa dengan muka masam mencuka tu. haha.

Sejak mummy terjah FB AdDacuTecLotH hari tu mummy tertarik hati dengan pool. mummy  rasa pool tu sangat bagus untuk si kecil bermain-main di situ......pool tu untuk mandi manda tp mummy ingat nak letak toys azroiee dalam pool n small boll..nanti blehlh azroiee main....dah besar br mummy benarkan pool tu dipenuhi air....insyallah klu bajet cukup untuk bln nie, mummy belikan untuk azroiee k....rasa nyer mummy pernah tgk kat Tesco.....oklah stop sini dulu. tiba-tiba mummy jadi rindu dengan azroiee..... time kusyuk menaip pun boleh ingat anak. indahkan bila dah jadi mummy nie? tengah apalah anak teruna mummy buat sekarang? tengah main-main kot.....

Hello Azroiee Taufiq
anak mummy tengah buat apa tu?


 pool kat tesco takda lh sebiji gini......cuma gimik ja



No comments:

Post a Comment