Thursday, July 21, 2011

8 BULAN AZROIEE TAUFIQ

Mummy nak bagi tahu hari nie umur anak teruna mummy genap 8 bulan. sekejap kan? rasanya baru jer hari tu mummy tulis entri tentang MY LITTLE HERO 7 MONTH.....

Untuk pengetahuan, anak teruna mummy makin lasak. lasaknya bukan main sungguh. tapi mummy lebih suka dia lasak, aktif sebegitu. oh yeah anak teruna mummy makin kuat membebel juga. dia membebel guna bahasa dialah...... keletah dia boleh menghiburkan hati mummy n babah......sungguh.

perkembangan terbaru azroiee taufiq(ketika umur menginjak 8 bulan) :


1) membuat aksi menonggeng. aksi ini dia buat ketika usia dia berusia 7 bulan lebih sehingga sekarang

2) makin laju menyulur... selalu azroiee suka masuk bilik iron baju untuk kacau mummy n babah iron baju kerja 

3) sudah pandai berdiri sendiri. dari posisi menyulur dia akan cuba berpaut pada sofa atau meja dan terus berdiri. jadi sekarang nie azroiee sibuk mengemas rumah. aksi ini sebenarnya dia sudah mula lakukan pada usia 7 bulan lebih

4) akan mengamuk bila kita ambil barang dari tangan dia

5) sudah pandai buang soothers then dia akan ambil semula soothers tu masuk semula ke dalam mulut

6)
sudah pandai menguyah makanan. mummy telah berikan solid food yang agak kasar sedikit alhamdulilah azroiee sudah boleh menguyah makanan tersebut


Alhamdulilah kerana Alah S.W.T telah makbulkan doa-doa mummy lebih-lebih lagi ketika mummy mengandungkan azroiee.... mummy bersyukur dengan perkembangan azroiee yang memberangsangkan ini. alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment