Wednesday, January 16, 2013

PRODUK BERSALIN

Cepat ja masa berlalu....hari nie dah genap 22 minggu...nak buat persediaan pn masih awal lg, tambahan plak nie anak no 2 takdalh gabra sangat...barang baby pn masih tersimpan rapi cuma tunggu masa ja nak basuh...klu nak beli pn utk tambahan sikit2...Mummy saja google produk bersalin...maklumlh dah kena bajet....bulan nie kan nak dapat Bonus bleh la menyimpan sikit2 apa yang patut....produk skrang dah la ratusan ringgit...klu tak bajet dari skrang bleh merana badan...huhu...

bila google Produk bersalin, banyak plak jamu2 yang ada dipasaran skrang....nak pilih pn tak pasti sbb semuanya ada keistimewaan sendiri...konsisten pada diri sendiri or tak ja....terpulang pada empunya badan....mummy masa first pantang, babah belikan produk nona roguy....skrang nie saja mummy nak senaraikan beberapa produk yang telah mummy google untuk diri sendiri n korang semua....


NONA ROGUY 


Ada enam benda semuanya:

1. Tablet Phyto Natal -(pelawas)* tak yah nangis dlm toilet sbb sembelit
2. Akar herbanika - herba minuman
3. Herbanika lulur - lulur badan kasi hilang daki yg bertempek selama 9 bulan
4. Herbanika barut - sapu kat perut dan pinggang sebelum pakai bengkung
5. Minyak herbanika - minyak hangat... memg best
6. Uncang cuci - untuk cuci kat kawasan luka tu (private part)...

Harga : RM365

LEESE FORMULA


 
Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan. Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan.  
ConfineMum Set A Terdiri daripada:Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel
Harga : RM215
ConfineMum Set B Terdiri daripada Set A + Bengkung Correctuer
Harga : RM260
ConfineMum Set C(Complete Set) Terdiri daripada Set B + Cotet Mas Uncang + 2 Pek Tungku Herba
Harga : RM350



ANWAY


Kandungan Di Dalam Set :Set lengkap ini mengandungi 10 produk untuk diamalkan oleh si ibu dan bayi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Untuk dimakan:

* Teh Herba
* Kapsul Lepas Bersalin 1
* Kapsul Lepas Bersalin 2

2. Untuk kegunaan luaran:

* Herba Pembersih Wanita
* Herba Mandian
* Minyak Urut Herba
* Minyak Bayi
* Campuran Peramping Perut
* Campuran Penghangat Badan
* Campuran Penenang

PERCUMA Bengkung!

Harga : RM293.00


SENDAYU TINGGI

Pakej 1 : RM207.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)

Pakej 2 : RM247.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Bengkung

Pakej 3 : RM386.00 (Boleh Tawar Harga)
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone

Pakej 4 : RM427.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone
~ Bengkung (free size)

MAK DARA



Set Bersalin Ibu Halimah
  • Jamu Mak Dara Serbuk
  • 2 botol Jamu Mak Dara kapsul
  • Losyen Param (Limau) Ibu Halimah
  • Pilis
  • Bedak Sejuk
  • Rempah Mandi
  • Tungku Kukus Berherba
  • Bengkung

Set ini juga boleh dibeli secara berasingan.

  • Jamu Mak Dara kapsul - RM49.00
  • Losyen Param (Limau) Ibu Halimah - 27.00
  • Bedak Sejuk - RM22.00
  • Rempah Mandi - RM30.00
  • Tungku Kukus Berherba - RM50.00
  • Bengkung - RM50.00
  • Pilis -RM22.00
  • Jamu Mak Dara Serbuk - RM65.00

TANAMERA



Set Tanamera terddapat 11 produk iaitu

1.HERBA PEMBERSIH WANITA
2.HERBA MANDIAN
3.MINYAK URUT HERBA
4.TAPEL
5.BENGKUNG
6.TEH HERBA
7.PILIS
8.LULUR BADAN HERBA
9.MINYAK KELAPA DARA
10.SABUN MANDI HERBA
11.AIR BUNGA LAVENDAR


Harga : RM360

Kesimpulannya produk diatas semua mcm best ja...jangan beli produk yg mahal tp simpan dalam almari plak...lepas tu merunggut tak kurus2....hahaha(dialog yang mummy kena)








No comments:

Post a Comment