Tuesday, August 02, 2011

TAK SENGAJA

Melihat keletah dan ragam anak, sebenarnya satu perkara yang boleh membahagiakan hidup mummy.... Walaupun mummy tengah membonceng moto untuk pergi ke tempat kerja sekalipun mummy boleh tersenyum sorang-sorang bila teringat keletah dan ragam anak. Walaupun kadang-kadang tu mummy geram sangat dengan Azroiee sebab dia nakal sepahkan permainan dia, suka memanjat tapi jauh di sudut hati mummy sebenarnya mummy suka melihat keletah Azroiee tu......

Bila anak makin membesar, macam-macam akal baru yang dia belajar. Dari tak tahu memanjat dah pandai memanjat. Dari tak tahu merajuk dah pandai merajuk. Dari tak tahu sepahkan barang dah tahu sepahkan barang. Dari tak tahu meminta dah pandai meminta. Itulah namanya budak-budak. Setiap tumbesaran mereka akan ada saja benda baru yang mereka belajar. Kita sebagai ibu bapa cuma kena perhatikan dan kawal apa yang tak patut diaorang buat.....

Cuma kat sini mummy nak tulis tentang kesabaran sebagai seorang ibu bapa. Macam mummy ni jenis yang agak tegas berbanding Babah dalam mendidik anak. Ada je benda atau perkara yang pada mummy tak boleh anak mummy lakukan.  Contohnya nakkan barang sampai menangis.....takut nanti time bawak gie shopping nak sesuatu smbil hentak kaki......time tu mesti panas hati tgk......Memang nampak macam tak logik budak kecik macam Azroiee nak di ajar sebegitu.  Tapi macam babah dia agak berlembut dengan anak.

Mummy bukan nak bersikap keras atau kasar dengan anak. Cuma mummy nak ajar Azroiee berdispilin. Mummy tak mahu sampai ke besar dia terbiasa dengan sikap yang tak elok. Jadi, bila Azroiee kadang-kadang tak mendengar kata, mummy akan membebel dan cuba untuk terangkan kat Azroiee....
Kadang-kadang tu mummy terpaksa tinggikan suara. Sedangkan mummy tak mahu tinggikan suara. Cuma kadang-kadang tu mummy tak sengaja meninggi suara dengan anak tanpa sedar. Ini akan berlaku bila tahap kesabaran mummy menipis. Itu yang mummy kesalkan. Bila tersedar yang dah tinggikan suara dengan Azroiee, cepat-cepat mummy minta maaf. Walaupun mummy tahu Azroiee masih kecil lagi. Tapi itulah yang mummy akan buat setiap kali  tersedar yang mummy secara tak sengaja melakukan kesilapan kat anak......

Tapi semalam mummy tanpa sengaja telah tampar bahagian pipi Azroiee. Ini adalah perkara yang sangat mummy kesalkan. Walaupun tak kuat mana tapi sampai sekarang terkesan sungguh kat hati mummy. Sebab mummy bukan jenis mak budak seperti itu. Ini semua gara-gara Azroiee tak nak tido..... Terus-terang time tu mummy tak tahu mana perginya tahap kesabaran yang ada dalam diri mummy..... mummy tengok babah tetap cool layan kerenah Azroiee....mummy pulak yang meronta-ronta menahan sabar tengok perangai azroiee.....

Perasaan kesal memang menyelubungi diri mummy tak henti-henti. Menyesal sangat.... Tak pernah-pernah mummy buat macam tu sebelum ni. Tapi entah kenapa malam tu mummy tanpa sedar dah buat apa yang mummy tak pernah buat sebelum ni. Rasa macam nak nangis je bila teringatkan Azroiee.....

Mummy minta maaf. mummy tak sengaja. Azroiee pun tahu kan mummy tak pernah pukul Azroiee sebelum ni. Cuma semalam je tanpa sedar mummy pukul Azroiee..... Maafkan mummy yer Azroiee. Sayang sangat dengan kamu Azroiee.... 

No comments:

Post a Comment