Tuesday, August 09, 2011

MENULIS PENGUBAT RINDU

Assalamualaikum

 
Alamak sudah berhabuk semula blog mummy ini.....Minta maaf kerana sejak kebelakangan ini mummy tidak dapat meluangkan masa untuk menghadap blog mummy ini. Agak sibuk sedikit dengan aktiviti harian. Maklumlah bulan puasa, kurang energy....lepas time berbuka tolong mak mummy niaga kat Bazzar Ramadan (niaga pakaian)...tp alhamdulilah mummy tetap cuba untuk menjenguk blog kawan-kawan mummy di sini supaya mummy tidak ketinggalan banyak entri.

Untuk pengetahuan, mummy dan Azroiee selsema sepanjang minggu lepas. Pada mula asalnya Azroiee yang selsema dan kemudian mummy pula diserang selsema yang teruk itu. Itu antara sebab kenapa blog mummy tidak ada entri baru untuk sepanjang minggu lepas.

Alhamdulilah sekarang Azroiee dah kurang sikit selsema dan aktif mcm biasa. Cuma mummy pula selsema on off...Diri masih tak sihat sepenuhnya. Tapi disebabkan rindu mahu menulis, mummy gagahkan juga untuk menulis kali ini.

Tiada cerita menarik yang hendak mummy ceritakan di sini.... Cerita baru Azroiee pula apa ye? Oh ye Badan Azroiee sudah sedikit susut sejak selsema hari tu. muka agak cengkung. dah makin kurang mahu makan.... lebih suka minum susu berbanding makan. mummy agak risau.....malam pula lebih suka bermain dr tido....time subuh dah bangun n meragaih....huhuh.....anak yg kian besar mcm2 perangai nyer........

 
Nota kaki:Sebenarnya mummy nak cerita tentang hal lain tetapi tangan mummy nie laju taip cerita lain pula. Haha. Nanti mummy update cerita lain pula ye.

No comments:

Post a Comment