Wednesday, September 21, 2011

SEPULUH BULAN AZROIEE TAUFIQ

Hari ini genap umur anak teruna mummy itu sepuluh bulan. Tup tup tup sudah sepuluh bulan. bermakna sudah hampir setahun. sekejap bukan?

sepanjang sepuluh bulan bermacam-macam ragam mummy hadapi dalam membesarkan anak teruna mummy itu. w/pun boleh dikatakan hampir 70% kehidupan mummy berubah sejak ada anak ini tetapi mummy rasa gembira dengan kehidupan mummy semenjak bergelar 'mummy'. 'wei atika rafina engkau dah jadi mak budak'. yehaaa mummy dah jadi mak budak yang kadang-kala sangat cengeng. bunyinya sangat kelakar tapi itu realitinya.


anak teruna nie baru 7kg++. kecik bukan? ada petua tak, nak bagi bam bam lagi?
 
realitinya azroiee sudah makin lasak, makin nakal, tidak takut pada air lagi, pandai merajuk, kuat membebel, dah mula kenal orang dan yang pastinya dia sudah senang tidur pada waktu malam.

azroiee juga sudah mula belajar untuk duduk. sekarang nie azroiee tak berapa suka duduk dalam stroller. if duduk dalam stroller selalunya azroiee mesti nak duduk. dah tak mahu baring lagi. konon-kononnya azroiee nak tunjuk yang diri dia tu dah kukuhlah bila duduk. sedangkan dia masih tahap belajar untuk duduk. tak pelah azroiee belajarlah step by step ok.
 
si kecik yang pandai bermain mata...

untuk anak mummy,
selamat ulangtahun yang ke sepuluh bulan. malam nie kalau mummy tak penat kita pi jalan-jalan tengok lampu dengan babah ok. semoga azroiee jadi orang yang berguna bila besar nanti. mudah-mudahan
.

No comments:

Post a Comment