Showing posts with label PERSONAL. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL. Show all posts

Monday, December 12, 2011

REVIEW OMBAK RINDU.........




Assalammualaikum

Selamat isnin kengkawan.....mcm mana? dah breakfast blem.....mummy? dah selamat pn...Lepas ja perjumpaan dengan Ketua Menteri mummy n the gang terus gie breakfast bihun sup......Perjumpaan tu untuk menyampaikan replika cek bonus untuk kakitangan negeri.....syukur sgt sbb kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat tambahan bonus RM300 dan menjadikan bonus Kerajaan Negeri RM800.......

Back to the topic, entry ni mummy nak cerita dan buat review tentang Filem Ombak Rindu. Memang tipu lah kan, kalau orang lain pon semua dok sibuk-sibuk cerita dan kepoh-kepoh pasal ombak sana, ombak sini. Inikan pulak mummy? For sure lah, mummy adalah antara salah seorang yang excited jugak nak tengok filem ni :) 

Baru je minggu lepas  hari jummat mummy gie tengok Filem Ombak Rindu ni. Rasa macam ketinggalan sikit lah, sebab dapat tengok filem ni pada hari ke berapa entah.... Tapi, mummy rasa ramai lagi kot yang tak sempat nak tengok? hekhekhek ! Sebelum mummy pergi nengok filem nie, mummy sibuk2 jugak tanya kengkawan n adik beradik mummy yang mana dah tengok. Ada yang cakap filem ni biasa2 je dan ok2 je. Tp mak mummy cakap rugi klu kakak (mummy) tak gie nengok.... mummy assume cerita ni biasa2 je la sbb ada gak kengkawan tak nangis nengok. 

Nak tau ape pulak comment daripada mummy?.....Ok sumpahhhh tak tipu memang BEST YANG TERAMAT SANGAT ok!mummy siap tukar lense sbb takut meraung......Bagi kaum perempuan yang berhati sensitif memang akan menghayati lah filem ni. Yang kata x best tuh,mungkin orang tersebut x menghayati. haha. tak pon, mungkin dorg terlepas scene-scene yang best sebab gie toilet ke, or whutever. hoho.

So far, jalan cerita dalam filem ni memang bestttt giler. Dan bagi sape2 yang dah mengikuti cerita Ombak Rindu ni since novel, mesti lagi rasa best......secara purata nyer mummy bagi 100% untuk citer nie.....

dalam toilet pn menyempat  


ezah, kak naz, mummy, ekin & fina


perjalanan balik ke ofis....



Nota Kaki: harap citer Ombak rindu ada sambungan....sbb mummy dah baca ketiga-tiga novel nie.....best giler....meruntun hati


Tuesday, November 15, 2011

MALAYSIA OBESITI NO 1

picture from google
Assalammualaikum.....

Sesape dengar radio hot fm pagi tadi mesti tau topik pagi apa yang dibincangkan pagi nie. Tentang negara tercinta kita mendapat tempat pertama dalam kategori ramai penduduknya yang bermasalah dalam obesiti. Hebat tak? hehehe.... 

MALAYSIA kira nyer semua No 1.......mana tak nyer bersepah restaurant fast food......lg satu senang & cepat....mcm baru2 nie mummy kluar makan kat area rumah.....tunggu nasi n tomyam berjam-jam lama nyer smpai dah hilang rasa lapar n mula la badan berangin....jd babah cancel ja makan tu....last gie beli Mcd sbb senang....masuk ja lorong drive thru terus order n dah bleh makan dalam masa 30 minit.....cepat n senang.....

Bukan tu ja.....cuba tengok breakfast orang kita jelah kan. Pagi-pagi dah makan nasi lemak. Tak pon roti canai. Pastu pekena teh tarik lagi. Lemak, minyak, gula. Cukup lengkap dah semuanya kan? Bukan aje boleh mengundang obesiti. Malah boleh menjemput penyakit dengan jayanya. Huhu..(mcm la mummy tu baek sangat.....paku dulang paku serpih....kata orang mummy yg lebih)hehehe.....


Eventho mummy belomlah termasok dalam kategori obese nih. Tapi kalo dibiarkan aje tabiat pemakanan yang tak sehat tuh, lambat laun bolehlah join the group jugak. Welcome to the club Atika Rafina! Bravo..bravo........

Makanya....sebelum mummy masok ke dalam group itu, silalah sedar diri banyak-banyak. Do it for yourself first. Then baru utk orang lain. babah, he's the best husband ever for me. So supportive & selama mummy gemok nie pun, tak sikit pun layanan & kasih sayang babah berkurang pada mummy. Kira klu kononnya mummy tengah nak test kekuatan cinta babah pd mummy adakah bersandarkan paras rupa atau tidak, dengan bangganya mummy boleh cakap that he passed the test with flying colors ^_^


Tapi...itu tak bermakna I can take it for granted. Now if bukan nak turunkan berat badan kerana babah, I want to do it for myself. Sayangi diri mummy dulu sebelum sayangi orang lain. Tak gitu? Hehe






Wednesday, October 19, 2011

KARIER ~GATAI MULUT~

Assalamualaikum..

Hai.. dah beberapa hari tak update blog!! semalam memang tak de masa nak update blog, tapi tak reti pulak nak update blog pakai handphone. tak setting siap2 kat sini, pastu kuar coding macam2, terus tak de mood nak update.. hehe.. Pagi selasa sampai hari nie, busy banyak.. sampaila malam nie still berkhidmat untuk negara.....
 
So, apa cerita mummy menghilang? hehe.. kecoh la minah ni.. tak pela, kita share2 cerita la kan.. pengalaman orang tak sama kan...ofis mummy sbagai urusetia untuk program Hari Peladang dan mummy terlibat 100% untuk program nie....jangan citer la punya banyak surat nak dikeluarkan dalam bulan nie....rasa nyer dah berpuluh surat dikeluarkan n beratus nak dipos.....
 
Tak pela macam tu, dalam rungut2 pun jalan jugakla....hantar sign pengarah, pastu ada tambah lagi. ni dah hari ketiga masih membuat surat yang sama. tambah itu ini. kalau macam tu, tak keluar2 la surat ni okey. fed up. 
 
dah selesai time ofis mummy keja lebih masa plak sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri.....inilah jadinyer klu gatai mulut.....gatai bertanya n terimalh habuan nama tersenarai untuk kerja lebih masa....huhuhu....tinggal babah n azroiee taufiq ja kat umah....
 
oklh mummy dah start keja sbb fail dah sampai n klu ada masa terluang mummy up date lg k.....

Tuesday, October 04, 2011

CALLING FOR KASUT CANTIK

Makin lama hati mummy meronta-ronta mahukan sepasang kasut baru. serius mummy dah lama tak beli kasut baru. seingat mummy, yang terbaru cuma awal tahun ni kot mummy ada beli kasut. lepas tu sampai sekarang mummy tak pernah beli kasut untuk diri-sendiri.

untuk azroiee banyaklah. tu lah ada anak, untuk diri-sendiri terabai. oh ye adalah pertengahan tahun hari tu babah beli, tapi selipar scholl je. haha. itu pun sebab kaki mummy dah sakit tahap tak boleh blah masa cari pakaian raya azroiee di sekitar TOWN. so muka selamber je mummy pakai selipar dan kasut yang mummy pakai tu mummy simpan dalam beg. haha.

kalau boleh mummy  nak beli kasut ala-ala macam gambar-gambar kat bawah ni. cantik kan? ke pada pandangan mata mummy je cantik? tapi serius mummy suka kasut jenis macam ni. w/pun ramai yang kata mummy dah tinggi.

gambar-gambar ni mummy google je. terima kasih encik google. ni contoh-contoh kasut dari vincci. kalau nak beli kasut dari jimmy choo tu mummy rasa macam dalam mimpi je lah kot. sebab mummy ni jenis sayang duit sendiri. kasut paling mahal yang ada dalam simpanan mummy pun hanya dari Vincci sajoo....silalah kasihankan mummy ye. banyak kasut dalam almari kasut  yang babah belikan dan mummy dah simpan elok-elok dalam kotak. sebab tinggi bebenor.

Atika Rafina, sebenarnya engkau dah gemuk tu yang engkau macam tak selesa pakai kasut tinggi-tinggi kan?. iyo lah mummy mengaku. mummy dah gemuk sejak bersalinkan azroiee. tu yang mummy simpan je kasut-kasut tu. tapi sekarang ni macam tak sedar diri nak jugak beli kasut fesyen ala-ala artis kan? motif tulis nama fasha sandha kat sini? sebab mummy minat bangat dengan minah tu selain datin Nor Juma dan Aishwara Rai. haha.





 sejak dah gemuk n sakit tumit....inilah kasut yang selesa dipakai ke OPIS....

Selipar dari babah

dan di bawah ni kasut kegemaran mummy dari dulu lagi. mummy pun lupa kat mana mummy beli kasut ni. tapi yg pasti kat Vincci gak.... mummy tak tahu mana perginya kasut ni sekarang. puas dah mummy cari. w/pun kasut tu nampak buruk tapi mummy suka sangat dengan kasut ni. yang paling penting adalah keselesaan ketika di pakai. betul tak?



Monday, August 22, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI

Besok 23 ogos 2011 genap umur mummy 25 thn. alamak terasa dah tua bebenor mummy nie. babah pn cakap dah tua isteri babah nie....huhuhu...tadi masa mummy bersiap2 nak pi keja, babah tanya mummy "darling nak hadiah apa?" dlm hati mummy alahai ingat gak babah tarikh lahir mummy....sejak berkawin sampai sekarang babah still nak wat suprise seperti dulu di zaman bercinta-cintun....syukur di situ mummy ucapkan
 
Dah dua tahun berturut-turut birthday mummy time puasa....tp takda masalh sbb babah still ingat nak celebrate...cuma kami celebrate bersama keluarga ja....beli nasi bungkus n berbuka di kedai mak mummy....nak buat mcm mana...klu berbuka kat luar kesian plak sbb nanti takda orang nak tutup kedai....apa pn mummy rasa bahagia sangat.....
 
oklah mummy tak nak tulis panjang kat sini. cuma ari nie ada sedikit mood untuk menulis. anyway...mummy nak ucapkan kat diri mummy sendiri, selamat hari lahir. semoga mummy dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, mendidik azroiee menjadi anak yg soleh di dunia & akhirat kelak.....supaya azroiee dipenuhi dgn sifat2 yg terpuji dan semoga kehidupan mummy bersama babah dan family bertambah bahagia dan ceria. mudah-mudahan ......amin

Wednesday, July 20, 2011

JAM TANGAN....

Korang suka pakai jam tangan? Ada orang suka pakai dan akan pakai sentiasa. Tapi ada juga yang tak suka.....mummy? mummy termasuk kategori pertama. Akan pakai jam tangan sentiasa. Time mandi dan sembahyang je buka. Dah jadi habit pula.




Pakai pula tangan kanan. Kenapa kanan? Sebabnya agak kelakar...........mummy ada minat sorang pelakon ni..... Die pakai jam belah kanan. mummy pun pakai la belah kanan.....Hehe......mengada-ngada kan sebabnya.... tapi disebabkan itulah mummy pakai jam tangan kanan sampai sekarang.

 
Jam apa? Dari zaman sekolah mummy just pakai jam murah2 ja.....yg jual kat pasar malam.....RM15....tak pn beli kat shopping kompleks.....murah gak la...lepas kenal babah baru pakai jam jenama GUESS.... lepas tu beli lg jenama yg sama......besday last year babah beli jenama esprit......this year minta jam lg, tp babah  ckap beli la benda lain.....huhuu.....mummy memg gila jam, dari dulu klu pakai baju mesti match ngan jam....poyo kan......?

 
Hehe...... Kenapa mummy tiba-tiba cerita pasal jam?....mummy mcm ada agenda nak beli ja...hehe...nie kes saja nak hangatkan babah.....

Tuesday, July 19, 2011

KEGUGURAN RAMBUT

Mummy mengalami masalah keguguran rambut.  kritikal sangat. di rumah sana sini bersepah dengan rambut mummy saja. apabila sikat rambut,Ya ALLAH berkumpul rambut kat sikat tu. risau okeh.....

Mak mummy kata memang normal bila anak mula bermain air liur. babysitter azroiee pun cakap perkara yang sama juga. normal ka? tapi ramai kawan-kawan mummy yang anak mereka dah melalui proses nie pn mengalami perkara yang sama ketika masa dulu. so memang normal lah kot. babysitter azroiee cakap keguguran rambut ini terjadi sebab masa mummy melalui proses berpantang, banyak makan makanan panas. mungkin ada kebenaran nyer. sebab dulu masa pantang makan ikan kering masak lada dengan nasi ja.....lepas dah 20 hari lebih baru mula makan sup ayam.....

sekarang nie azroiee galak main air liur. siap main sembur2 air liur lg. bila mummy larang buat macam tu, lg azroiee buat.... aduhai anak mummy nie. sudah pandai buat macam2. paling buat mummy risau hobi baru azroiee ialah hisap tangan. bila mummy bagi soothers azroiee tak mahu.... 

harap sangat masalah nie dapat diselesaikan.....tapi tak tahulah sampai bila keguguran rambut ini akan berhenti..... mungkin keguguran rambut ini akan berhenti bila anak mummy sudah berhenti bermain air liur kot.....

Nota kaki : azroiee taufiq.....
jangan main air liur yer sayang. kasihan kat mummy nie.

Thursday, July 14, 2011

TIADA KESUNGGUHAN

Mummy nak kurus seperti dulu. berazam dan berangan-angan bukan main lagi. tapi, mummy rasa tidak sekuat dulu. mummy rasa kurang displin diri sekarang. baru seminggu melancarkan diet secara besar-besaran terus mummy tewas.

yup tewas lagi.

semalam mummy telah tibai nasi. ini semua gara-gara babah...maklumlah sejak pelancaran diet, babah pun terkena penangan diet juga...sejak dari tu, babah tak makan nasi mlm.....dah la babah jenis tak brapa makan nasi time keja....katanya tak tau nak makan kat mana.....blik rumah, mummy pn tak masak or tapau..ialah klu tapau nak juga rasa....bila rasa nak gak makan....sedap oooooo....klu masak sendiri rugi tak makan....tp semalam babah ajak gie makan kat Hotel Royal....hehehe....sebelah Hotel Royal....tomyam Su Aai...

Sekarang kat rumah, mummy jalan2 area kawasan rumah bersama lil azroiee.. baru beberapa round dah stop. tak larat ok. huh! apa kena dengan diri mummy ini? kalau tengok diri mummy memang macam dulu-dulu tapi masih tak puas hati dengan berat badan.

Atika Rafina please...
displinkan diri anda. 15kg nak dapatkan berat badan asal.
inilah namanya hangat-hangat taik ayam. perabis duit kenmain utk kurus tp tak konsisten.... haih. no! no! no! tetap akan cuba melancarkan program diet mummy ini. takpe mahu cuba yang terbaik demi kurangkan 15kg lagi. 

Nota kaki: Atika Rafina u can do it ok. yehaaaa........



PENAT OHHHHHH

 YOU SAKA PENIMBANG PERGI JAUH2


 TAK KURUS2 GAK
DALAM PERCUBAAN

Wednesday, July 13, 2011

DIBERI ANUGERAH SEKALI LAGI



Semasa mummy mengandung dulu, mummy tak begitu mengambil berat tentang ilmu penyusuan ibu terhadap si kecil...mummy selalu berfikir bila anak yang dikandungkan selamat dilahirkan maka air susu akan keluar secara nutural dgn begitu mudah...

Mummy tak terfikir langsung nak membeli peralatan pengepam dan peralatan seangkatan dengan nyer....Mummy takda hati langsung nak membeli semua tu....Bayangkan semua keperluan azroiee taufiq disediakan oleh babah n keluarga mummy....sampai keluarga mummy berkata siapa yang nak bersalin nie...adik mummy or mummy....sbb dia yang kemaskan barang untuk dibawa ke hospital nanti.... nurse katakan....mesti tahu apa yang perlu dibawa ke bilik bersalin....

Sampailah masanya mummy selamat melahirkan Azroiee Taufiq bin Talib....mummy melahirkan azroiee sebelah pagi dalam pukul 1.15 pagi....selepas selamat melahirkan,mummy di tahan di wad...mummy masih blur dan dengan selamba baring di katil sambil ditemankan azroiee...nasib baik lepas bersalin azroiee tak meragam, klu tak mengelabah juga mummy dibuat nyer....maklumlah baru beberapa jam bergelar mummy...

Lepas hantar mummy ke wad babah sempat sediakan milo panas, lepas tu babah kena balik sbb doc ckap bukan waktu melawat n tak dibenarkan temani isteri di wad wanita...takut terjadi perkara yang diingini....prosedur Hospital kata nurse....babah akur walaupan belum puas menatap wajah lil azroiee taufiq...

Mummy bersyukur sbb mudah masa bertarung nyawa untuk melahirkan azroiee, walaupun berat azroiee mencecah 3.75kg...Doctor n nurse yang sambut kelahiran azroiee pn cakap kat mummy:

Besar nyer baby dah mcm shrek sbb hijau n besar....doctor tanya masa mengandungkan azroiee mummy minum susu apa?hahahaha

Sampai satu tahap, azroiee mula merengek.....mummy masih dalam keadaaan blur, nak buat apa yer...nak angkat pn tak tahu bahagian mana yang perlu dipegang....Berpeluh juga mummy nak handle...dalam hati, berharap nurse di kaunter datang menjenguk....

Nurse: Puan, mungkin baby puan lapar...knapa tak berikan susu...
Mummy: Tak tahu mcm mana nak angkat n cara menyusukan badan...
Nurse : ( nurse mengajar macm mana nak susukan baby azroiee)...
Mummy: Susu tak keluar la nurse...bleh tak berikan susu formula...Jahil nyer mummy....

Keesokkannya keluarga mummy datang melawat, terus mummy mengadu dengan mak mummy ...Puas mak mummy mengajar tp susu tak brapa nak ada....Babah dah siap pergi beli alat pengepam brand apa entah....untuk memudahkan mummy mengepam...Bila check, rupa-rupanya bahagian puting mummy tersumbat....

Bila dah balik berpantang dirumah keluarga, mak mummy siap panggil orang datang mengurut sbb babah memg teringin mummy menyusukan azroiee taufiq dengan susu badan....kata babah banyak kebaikan untuk mummy n lil azroiee.....babah rajin membaca....masa mengandung, mummy memg rajin membeli buku PA&MA tp jarang membaca, maka babah la orang yang akan membaca n bercerita sebelum mummy tido....mengada-ngadakan....hehehe...

Timbul lagi satu masalah, Air susu keluar tak brapa banyak...mummy mcm dah berputus asa...tp bleh la dapat 3-4oz sekali pam...sampai satu tahap, mummy pam seperti biasa, air susu kering tak keluar langsung....babah belikan mummy susu ANNUM LACTA, tp masalah tetap sama...tak bleh bayangkan azroiee baru mencecah sebulan lebih air susu dah kering...sedih pun tak berguna sbb babah cakap mummy tak set dalam kepala untuk menyusukan azroiee...jd begini la jadinyer...klu nak kata babah tak bagi sokongan bohong lah sbb babah yang excited nak junior nyer membesar ngan susu ibu...

ANNUM LACTA pn berkubur dalam almari sbb dah malas nak minum....tunggu nak bagi kat cik pah ja (tong sampah)....dari situ bermulalah episod azroiee minum susu tepung sepenuhnya ketika mummy masih berpantang.....

Mummy berharap, jika diberi anugerah n rezeki oleh ALLAH S.W.T untuk mendapat zuriat lagi, mummy bertekad untuk memberikan susu badan selama mana yang boleh....

Mudah-mudahan....InsyAllah...


Step 1

Tuesday, July 12, 2011

KESABARAN


Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari sikap tidak boleh bersabar. Memang agak payah mahu belajar bersabar. Lagi-lagi jiwa muda. Orang tua kata darah muda selalunya dikaitkan dengan mudah sangat mahu melenting. Pantang di usik atau di tegur tak kena tempat mesti kita akan melenting bukan?

Begitu juga dengan mummy. Cuma taklah sekerap dulu. Mungkin jiwa seorang ibu terhadap anak itu sudah menyerap dalam tubuh mummy. Secara perlahan-lahan mummy cuba belajar bersabar.


Cuma kadang-kadang tersasar....Yer la, azroiee kian membesar n byk sangat kerenah yang memeningkan....mcm semalam, jam kat dinding pun dah menunjukkan pukul 12.30 malam tp mata azroiee still  segar bugar....nak bermain...ada ja benda nak dibuat nyer...terpaksalh mummy n babah jd mak n pak guard untuk azroiee...dah sampai tahap mummy tak tahan nak melayan mulalh nak pukul punggung kuat2....geram sgt sbb mata azroiee dah pejam tp mulut bising... bila mummy mengiringkan badan azroiee, sibuk plak nak menerap....bila menerap,sibuk plak nak terlentang....dah mcm ulat....time nie la mummy nak jg HULK....

Nasib baik tahap kesabaran babah tinggi dari mummy....siap jadi pak guard n akan melayan lil azroiee main smpai dia betul2 letih....lepas tu baru babah alihkan posisi azroiee..

Begitu juga dalam perhubungan,selalu nyer babah akan berdiam diri klu ada benda yang babah tak puas hati....bila dah cool baru babah berkomunikasi semula...selalu nyer cara begini lebih ok dan berkesan untuk mengawal kemarahan dan belajar bersabar....
Mummy berharap, lepas nie mummy akan lebih banyak lagi belajar bersabar. Lebih-lebih lagi terhadap kerenah anak yang kian melasak..... LOVE U LIL AZROIEE TAUFIQ

Nota kaki: InsyaAllah kesabaran itu separuh dari keimanan kita.

Saturday, July 09, 2011

KEMBANG KEMPIS

Hampir setiap masa mummy mengeluh untuk kuruskan berat badan...Nafsu makan kian menjadi2 sejak lepas bersalin....huhu....salahkan nafsu la plak...takpa yang penting target mummy sebelum raya mesti kuruskan berat badan....tp mummy suka target ja tp tak tau bleh berjaya or tak......


Masalah paling ketara area tummy.....perut dah mcm orang mengandung....padahal baru ja lepas bersalin masih ada pihak2 yang kurang prihatin bertanya mengandung brapa bulan?.....huhuhu....Redha jelah sbb memg fakta n nyata perut mummy buncit n muncit.....Tension nyer......


Sana sini orang promote Primeum Beautiful....takpelh, tak mampu rasanya nak pakai lg...karang dah beli mahai2 tak pakai rugi la plak.... 


Kat ofis ada facality tp mummy kurang berminat sbb tepat 5 ptg teringatkan lil azroiee taufiq....kali terakhir mummy jejak kaki ke gym sebelum kawin sbb takut tak muat masa nak sarung baju pengantin.....haruslah pergi menyelimkan badan.....


Salah satu sbb nyer mummy nak menyelimkan badan, sbb dah lama baju kurung moden n seluar jeans mummy terperuk dalam almari....harap dapat slim melim semula seperti dahulu kala....insyallah...


Semoga mummy berjaya menyelimkan bentuk badan n tak mau hangat2 chicken shit....yang penting disini usaha tangga kekurusan.....amin




Bambam
kegemilangan.......

Nota kaki:ayuh mummy kembalikan kegemilangan

Wednesday, June 29, 2011

SWEET MEMORIES

Saya SETUJU terima untuk menjadi isteri kepada TALIB BIN MAT yang saya sayangi...walaupun pekenalan kami beberapa bulan sebelum perkataan keramat ini diungkapkan...


Terima kasih yang tidak terhingga sbb melayan kerenah kami berdua yang memeningkan kepala....mummy n little hero.. tak pernah merungut walaupn kena berjaga malam untuk si kecil,menyalin pakaian, memandikan dan menyuap makanan...walaupun kadang2 mummy bleh buat cuma babah lebih teliti n berhati2 untuk si kecil...untuk mummy plak, babah tak pernah marah walau pun kena berpatah balik beberapa kali untuk mengambil buku kesihatan azroiee taufiq yang tertinggal di rumah....lepas dah bertolak dari rumah, mummy terlupa nak mengambil soother.....berpatah berkali2 tp babah tetap smile....sweet sangat...


Terima kasih sbb selalu tolerate dengan perangai mummy yang macam2 nie....Dari hari pertama perkenalan sehingga bergelar ibu kepada lil azroiee taufiq....moga sikap yang ditonjolkan berlanjutan hingga akhir hayat...


Mummy tak mengharapkan percutian mewah atau intan belian sebagai hadiah tp kasih sayang yang diberikan cukup membahagiakan....Bersyukur dengan apa yang diperolehi...Moga dibawah rahmat &kasih sayang ALLAH S.W.T dan akan terus menjadi isteri yang solehah....AMIN........



babah, mummy & cikebomb