Wednesday, July 13, 2011

DIBERI ANUGERAH SEKALI LAGI



Semasa mummy mengandung dulu, mummy tak begitu mengambil berat tentang ilmu penyusuan ibu terhadap si kecil...mummy selalu berfikir bila anak yang dikandungkan selamat dilahirkan maka air susu akan keluar secara nutural dgn begitu mudah...

Mummy tak terfikir langsung nak membeli peralatan pengepam dan peralatan seangkatan dengan nyer....Mummy takda hati langsung nak membeli semua tu....Bayangkan semua keperluan azroiee taufiq disediakan oleh babah n keluarga mummy....sampai keluarga mummy berkata siapa yang nak bersalin nie...adik mummy or mummy....sbb dia yang kemaskan barang untuk dibawa ke hospital nanti.... nurse katakan....mesti tahu apa yang perlu dibawa ke bilik bersalin....

Sampailah masanya mummy selamat melahirkan Azroiee Taufiq bin Talib....mummy melahirkan azroiee sebelah pagi dalam pukul 1.15 pagi....selepas selamat melahirkan,mummy di tahan di wad...mummy masih blur dan dengan selamba baring di katil sambil ditemankan azroiee...nasib baik lepas bersalin azroiee tak meragam, klu tak mengelabah juga mummy dibuat nyer....maklumlah baru beberapa jam bergelar mummy...

Lepas hantar mummy ke wad babah sempat sediakan milo panas, lepas tu babah kena balik sbb doc ckap bukan waktu melawat n tak dibenarkan temani isteri di wad wanita...takut terjadi perkara yang diingini....prosedur Hospital kata nurse....babah akur walaupan belum puas menatap wajah lil azroiee taufiq...

Mummy bersyukur sbb mudah masa bertarung nyawa untuk melahirkan azroiee, walaupun berat azroiee mencecah 3.75kg...Doctor n nurse yang sambut kelahiran azroiee pn cakap kat mummy:

Besar nyer baby dah mcm shrek sbb hijau n besar....doctor tanya masa mengandungkan azroiee mummy minum susu apa?hahahaha

Sampai satu tahap, azroiee mula merengek.....mummy masih dalam keadaaan blur, nak buat apa yer...nak angkat pn tak tahu bahagian mana yang perlu dipegang....Berpeluh juga mummy nak handle...dalam hati, berharap nurse di kaunter datang menjenguk....

Nurse: Puan, mungkin baby puan lapar...knapa tak berikan susu...
Mummy: Tak tahu mcm mana nak angkat n cara menyusukan badan...
Nurse : ( nurse mengajar macm mana nak susukan baby azroiee)...
Mummy: Susu tak keluar la nurse...bleh tak berikan susu formula...Jahil nyer mummy....

Keesokkannya keluarga mummy datang melawat, terus mummy mengadu dengan mak mummy ...Puas mak mummy mengajar tp susu tak brapa nak ada....Babah dah siap pergi beli alat pengepam brand apa entah....untuk memudahkan mummy mengepam...Bila check, rupa-rupanya bahagian puting mummy tersumbat....

Bila dah balik berpantang dirumah keluarga, mak mummy siap panggil orang datang mengurut sbb babah memg teringin mummy menyusukan azroiee taufiq dengan susu badan....kata babah banyak kebaikan untuk mummy n lil azroiee.....babah rajin membaca....masa mengandung, mummy memg rajin membeli buku PA&MA tp jarang membaca, maka babah la orang yang akan membaca n bercerita sebelum mummy tido....mengada-ngadakan....hehehe...

Timbul lagi satu masalah, Air susu keluar tak brapa banyak...mummy mcm dah berputus asa...tp bleh la dapat 3-4oz sekali pam...sampai satu tahap, mummy pam seperti biasa, air susu kering tak keluar langsung....babah belikan mummy susu ANNUM LACTA, tp masalah tetap sama...tak bleh bayangkan azroiee baru mencecah sebulan lebih air susu dah kering...sedih pun tak berguna sbb babah cakap mummy tak set dalam kepala untuk menyusukan azroiee...jd begini la jadinyer...klu nak kata babah tak bagi sokongan bohong lah sbb babah yang excited nak junior nyer membesar ngan susu ibu...

ANNUM LACTA pn berkubur dalam almari sbb dah malas nak minum....tunggu nak bagi kat cik pah ja (tong sampah)....dari situ bermulalah episod azroiee minum susu tepung sepenuhnya ketika mummy masih berpantang.....

Mummy berharap, jika diberi anugerah n rezeki oleh ALLAH S.W.T untuk mendapat zuriat lagi, mummy bertekad untuk memberikan susu badan selama mana yang boleh....

Mudah-mudahan....InsyAllah...


Step 1

No comments:

Post a Comment