Thursday, May 31, 2012

MEMBESAR BAGAIKAN JUARA

Sebenarnya mummy dah mula give up bila bercakap tentang isu kurus ni. Sebab mummy rasa mummy sendiri yang tak tegas control diri mummy dalam bab pemakanan. Bila tengok rupa badan sendiri depan cermin atau tengok balik baju dan seluar semasa zaman kekurusan dulu, barulah time tu rasa menyesal. Di tambah pulak bila suka tengok perempuan yang kurus, selim yang kalau pakai apa pun cantik. Dan-dan tu jugak mummy nak lancarkan diet.

Tapi mummy diet adalah dalam 2,3 minggu. Lepas tu harus ke laut tak boleh control diri. Pantang nampak menu yang best sikit teruslah lupa diri. Memang kena salahkan diri sendiri. Tampar pipi mummy laju-laju biar tersedar sikit diri tu dah mengembang.

Selain tu, masalah mummy yang paling ketara adalah tang perut. Lepas proses berpantang dulu perut mummy makin ketara buncit. Dahlah diri tu mengembang di tambah dengan perut buncit. Mummy bukan nak cantik mcm miss universe pon....Mummy cuma nak cntik dimata babah ja....Itu aje, babah pun bukanlah demand sangat nak mummy kurus mcm baru-baru kawen...Pada babah asal mummy termasuk dalam kategori normal dah cukup baik....Tak mau la dalam overweight mcm skrang nie....huhuhu

Babah la orang yang paling menyokong kuat kalau mummy kata mummy tengah berdiet. Dalam pada masa yang sama babah senyum ja sbb babah tahu nafsu makan mummy mcm mana.....Aasal nampak makan sedap sikit ja balun tak kira apa dah....Babah plak jenis tak reti tegur & stop peel mummy....Layankan ja kalau mummy minta makan sedap-sedap...

Bila start puasa sunat, nampak sikit kelegaan babah....Maybe babah fikir dapatlah kawal nafsu sikit.....tp bila blik kerja babah tgk dah teruk sangat n terus babah ajak makan luar siap berorder ikan tiga rasa, sotong goreng tepung , sayur kailan n tomyam cmpur.....maka nya bleh la mummy puasa tiap2 hari klu layan mcm nie....

Kalau boleh mummy nak kurus sebelum raya nanti. Dapat kurangkan berat badan sikit jadilah. Kadang-kadang mummy siap berangan agaknya mummy boleh kurus kalau mummy mengandung lagi. Sebab apa nanti lepas beranak bolehlah mummy berpantang secara kaw-kaw. lebih-lebih lagi part pakai bengkung. Tapi realitinya mummy ni memang tak suka pakai bengkung. Haha. Ok abaikan. mummy memang kuat berangan.

Nota kaki : Orang kata selagi boleh makan, ada selera,makan ajalah..kang dah sakit semua benda tak bleh makan....Ikut jalh mana yang bleh.....huhuhu


harus silangkan kaki takut nampak paha KFC


Wednesday, May 09, 2012



WORDLESS WEDNESDAY # SAMA TAK SERUPA #







SELAMAT HARI IBU

Sempena mother day pada bulan mei ini mummy nak buat entri khas untuk mak mummy.  walaupun mak mummy tidak baca blog mummy ini, tetapi dia tahu anak-anak dia mempunyai blog. Selalu dia nasihatkan mummy supaya kawal cara penulisan di blog.

Mummy anggap mak mummy sebagai superwoman dalam hidup mummy. Dia mempunyai hasrat yang besar dalam membesarkan anak-anaknya. Walaupun sakit mak tetap berkerja dengan alasan mak mahu anak-anaknya mendapat pendidikan sebaik mungkin. Biar dia penat bekerja asal anak-anak dapat pelajaran dan kesenangan ...


mak diapit oleh kedua-dua puterinya...

Mak sangat kuat bekerja. Mak tidak suka duduk di rumah tanpa membuat sebarang keja. Penat macam mana sekalipun dia tetap mahu pergi kerja. Hasilnya gaji mak dua kali ganda dari gaji anaknya...haha....Apa yang boleh menambah pendapatan mak akan dilakukan, asal halal......

Mak pandai masak. Mummy selalu tewas dengan masakan mak. Mummy diet macammana sekali pun bila masakan mak di depan mata mesti mummy belasah juga makan nasi w/pun sebenarnya mummy baru lepas makan nasi. Sebabnya mak masak sedap ok. 



Sebagai balasan mak termasuk ayah membesarkan anak-anaknya yang degil ini kami tunaikan hasrat mak dan ayah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Hasrat mak dan ayah untuk melihat anaknya belajar di univesiti telah ditunaikan oleh kedua-dua adik mummy...cuma mummy ja tak ke menara gading.....tp tak bermaksud mummy tak berjaya....dengan rezeki ALLAH mummy berjaya  berkhidmat dgn Gomen.....(kerajaan)

Mak,
Percayalah tika, dik bob, dik la dan dik dan sayang mak. Kami sayang ayah juga.
Selamat hari ibu. I love u so much
:)

Friday, May 04, 2012

TAHUN MELAWAT PERAK

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang berkeja di sektor awam mahupn swasta....minta maaf sbb mummy  terlewat nak wish....sepatutnya mummy publish entry nie hari rabu lepas tp dengan kesibukan yang melanda jd mummy tangguhkan ja.....hari nie semangat berkobar-kobar nak menaip sbb tak brapa nak bz, al-maklumlh dewan undangan negeri sedang bersidang jd kebanyakkan pegawai takda.....staf kat ofis dah mcm tikus sementara kucing takda.....hehehe...

Sementara dengan itu, mummy nak kabarkan aktiviti yg diisi pada cuti umum tempoh hari.....Alhamdulilh, been planning for these a few time tp asyik ada halangan ja..Dengan izin ALLAh, maka terjadi lah juga aktiviti mummy sekeluarga....Sempena Tahun melawat Perak jd babah decide bawak mummy n azroiee gie melawat zoo taiping....







Tak banyak binatang sangat,ataupun mummy tak sempat nak menjelajah setiap pelusuk zoo...al-maklumlh panas terik n nak tunggu train plak satu hal....ramai giler kena beratur jd kami bertiga jalan la sepanjang kawasan zoo....nasib baik azroiee good boy n nak duduk dalam stroller...bleh la jalan jauh sikit, klu tak mahu patah pinggang n tergeliat tangan dukung azroiee....

To parents mummy advise gie pagi2 sbb panas n nak jalan pn dah tak kuasa.....kesian anak2....jangan jd mcm mummy bertolak dari rumah kol 1.45 petang n sampai kol 2.30 petang...time matahari tegak atas kepala...mahu tak merah pipi anak...tp bukan sengaja nak lewatkan perjalanan, cuma time pagi tu hujan selebat2 nye jd mummy malas la nak jalan klu hujan....bila dah reda baru bergerak...

Untuk pengetahuan semua, fees per entry ialah RM12.00 dan kanak-kanak umur azroiee FOC....Tak pasti plak kanak-kanak umur brapa kena bayar....mungkin 10 tahun ke atas kot.....

Sekian entry Tahun Melawat Perak 2012......

Wednesday, May 02, 2012

PROJEK HUJUNG MINGGU

Assalammualaikum,

Dah lama mummy nak tulis entri terbaru tapi asyik tertangguh-tangguh je. Idea dah ada tapi nak menaip tu malas kemain lagi. Musim kemalasan dalam diri mummy ni makin menjadi-jadi ni. Eh memang tak boleh dibiarkan. Ayuh mummy nak cerita projek hujung minggu....

Hari Ahad baru2 nie mummy tak gie umah mak mummy sbb dorg gie KL beli persediaan untuk hari raya.....jd mummy n babah decide nak masak nasi ayam....Dengan berpandukan resepi dari My Resepi n pertolongan dari babah maka terhasillah


NASI AYAM BEREGU!!!





Mummy jarang masak pada hujung minggu n bila terhasilnya Nasi Ayam maka kena berblog la..hehehe...Tak sangka bleh masak begini dengan pertolongan daripada babah....Nasi n sambal babah yang buat....mummy cuma perap ayam n buat sup ayam ja....Azroiee beri 100% kerjasama sbb dari awal pembikinan sampai mummy n babah kekenyangan azroiee tak bangun2 lg....Good boy....presentation tak brapa cantik sbb mummy tak cukup bahan n yang paling penting sedap...

Sekian.....