Wednesday, May 09, 2012

SELAMAT HARI IBU

Sempena mother day pada bulan mei ini mummy nak buat entri khas untuk mak mummy.  walaupun mak mummy tidak baca blog mummy ini, tetapi dia tahu anak-anak dia mempunyai blog. Selalu dia nasihatkan mummy supaya kawal cara penulisan di blog.

Mummy anggap mak mummy sebagai superwoman dalam hidup mummy. Dia mempunyai hasrat yang besar dalam membesarkan anak-anaknya. Walaupun sakit mak tetap berkerja dengan alasan mak mahu anak-anaknya mendapat pendidikan sebaik mungkin. Biar dia penat bekerja asal anak-anak dapat pelajaran dan kesenangan ...


mak diapit oleh kedua-dua puterinya...

Mak sangat kuat bekerja. Mak tidak suka duduk di rumah tanpa membuat sebarang keja. Penat macam mana sekalipun dia tetap mahu pergi kerja. Hasilnya gaji mak dua kali ganda dari gaji anaknya...haha....Apa yang boleh menambah pendapatan mak akan dilakukan, asal halal......

Mak pandai masak. Mummy selalu tewas dengan masakan mak. Mummy diet macammana sekali pun bila masakan mak di depan mata mesti mummy belasah juga makan nasi w/pun sebenarnya mummy baru lepas makan nasi. Sebabnya mak masak sedap ok. 



Sebagai balasan mak termasuk ayah membesarkan anak-anaknya yang degil ini kami tunaikan hasrat mak dan ayah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Hasrat mak dan ayah untuk melihat anaknya belajar di univesiti telah ditunaikan oleh kedua-dua adik mummy...cuma mummy ja tak ke menara gading.....tp tak bermaksud mummy tak berjaya....dengan rezeki ALLAH mummy berjaya  berkhidmat dgn Gomen.....(kerajaan)

Mak,
Percayalah tika, dik bob, dik la dan dik dan sayang mak. Kami sayang ayah juga.
Selamat hari ibu. I love u so much
:)

No comments:

Post a Comment