Sebenarnya mummy dah mula give up bila bercakap tentang isu kurus ni. Sebab mummy rasa mummy sendiri yang tak tegas control diri mummy dalam bab pemakanan. Bila tengok rupa badan sendiri depan cermin atau tengok balik baju dan seluar semasa zaman kekurusan dulu, barulah time tu rasa menyesal. Di tambah pulak bila suka tengok perempuan yang kurus, selim yang kalau pakai apa pun cantik. Dan-dan tu jugak mummy nak lancarkan diet.
Tapi mummy diet adalah dalam 2,3 minggu. Lepas tu harus ke laut tak boleh control diri. Pantang nampak menu yang best sikit teruslah lupa diri. Memang kena salahkan diri sendiri. Tampar pipi mummy laju-laju biar tersedar sikit diri tu dah mengembang.
Selain tu, masalah mummy yang paling ketara adalah tang perut. Lepas proses berpantang dulu perut mummy makin ketara buncit. Dahlah diri tu mengembang di tambah dengan perut buncit. Mummy bukan nak cantik mcm miss universe pon....Mummy cuma nak cntik dimata babah ja....Itu aje, babah pun bukanlah demand sangat nak mummy kurus mcm baru-baru kawen...Pada babah asal mummy termasuk dalam kategori normal dah cukup baik....Tak mau la dalam overweight mcm skrang nie....huhuhu
Babah la orang yang paling menyokong kuat kalau mummy kata mummy tengah berdiet. Dalam pada masa yang sama babah senyum ja sbb babah tahu nafsu makan mummy mcm mana.....Aasal nampak makan sedap sikit ja balun tak kira apa dah....Babah plak jenis tak reti tegur & stop peel mummy....Layankan ja kalau mummy minta makan sedap-sedap...
Bila start puasa sunat, nampak sikit kelegaan babah....Maybe babah fikir dapatlah kawal nafsu sikit.....tp bila blik kerja babah tgk dah teruk sangat n terus babah ajak makan luar siap berorder ikan tiga rasa, sotong goreng tepung , sayur kailan n tomyam cmpur.....maka nya bleh la mummy puasa tiap2 hari klu layan mcm nie....
Kalau boleh mummy nak kurus sebelum raya nanti. Dapat kurangkan berat badan sikit jadilah. Kadang-kadang mummy siap berangan agaknya mummy boleh kurus kalau mummy mengandung lagi. Sebab apa nanti lepas beranak bolehlah mummy berpantang secara kaw-kaw. lebih-lebih lagi part pakai bengkung. Tapi realitinya mummy ni memang tak suka pakai bengkung. Haha. Ok abaikan. mummy memang kuat berangan.
Nota kaki : Orang kata selagi boleh makan, ada selera,makan ajalah..kang dah sakit semua benda tak bleh makan....Ikut jalh mana yang bleh.....huhuhu
No comments:
Post a Comment