Monday, January 14, 2013

PETUA ANAK BERHENTI HISAP PACIFIER

Puting 'o' puting.....

Sekarang azroiee dah 2 tahun lebih n mummy rasa dah sampai masanya mummy nak hentikan hisap pacifier...gigi pn dah mula mancung ke hadapan.....

Sejarah azroiee mula hisap picifier sejak dari dalam pantang lg....korang pernah tgk citer ahmad albab tak? mcm tu la mummy stress time pantang....azroiee akan menangis dari kol 12 tengah malam sampai kol 6 pg....bila siang plak dia sambung blik, ikut suka dia la nak berhenti bila....suap susu tak nak, sapu minyak yuyi tak ok...mcm2 lg n last skali ayah mummy belikan pacifier n sejak tu dia hisap pacifier...asal melalak ja sumbat...bila dah besaq, ingatkan nak kurangkan hisap pacifier tp still melalak gak klu tak jumpa....Pening2

Mummy dah cuba sembunyikan pacifier tp tak berkesan sbb dia akan cari sampai jumpa....klu tak jumpa dia akan menangis mcm mummy dera dia....klu kat umah babysitter takda plak dia nak menangis mcm kena dera...pernah sekali babysitter call tanya samada pacifier ada dlm beg or tak sbb dia cari tak jumpa...baru mummy perasan yang mummy tertinggal dalam katil....sbb kalut n terlupa ambik...setiap jam mummy tel tanya babysitter kot-kot azroiee nangis cari pacifier dia...babysitter tu cakap dia tak minta langsung...dia main ja hari nie...lepas minum susu terus tido...apa itu anak mummy.....hehehe...mcm tak percaya...klu kat umah jangan harap perkara mcm tu terjadi...mahu botol susu kluar dari katil klu tak jumpa pacifier....

Sekarang azroiee dah 2 tahun 2 bulan n mummy rasa inilah masa terbaik untuk berhentikan hisap pacifier....lgpn adik azroiee bakal dilahirkan n sebab tu mummy tengah gigih google mencari petua-petua yang berkesan....


  • Dengan perlahan kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.

Ada petua lain yang mummy dengan seperti letak benda pahit pada pacifier n dengan sendiri anak akan buang pacifier sbb rasa tu menganggu deria rasa dia....insyallah lepas nie mummy nekad nak lakukan sesuatu untuk gigi azroiee.....cayalh mummy...jangan cakap tak serupa bikin sudah la....



masa lepas pantang.....







pic kat atas nie dah 2 tahun 2 bulan....bila bergambar pn tak kasi buang puting....tu yang bikin stress...





3 comments:

  1. Anak saya dah nak masuk 2 tahun..tapi masih hisap puting kosong..gigi atas die pun dah nampak jongang sikit...tak tahu macam mane cara terbaik nak hentikan die hisap ptuing tu..tapi kat nursery pengasuh cakap dia tak hisap puting dah..termasukla mase tidur tengahari tu..tapi bile blk rumah cepat2 die selongkar beg sekolah die untuk cari puting kosong dan bantal busuk die..huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..akhirnya anak saya berhenti hisap puting..sbbnya masa blk kg aritu, terlupa bawak blk puting sekali..seminggu kitorg melayan kerenahnya semasas tiada puting disisi..berkat SABAR akhirnya dia dah terima hakikat putingnya dah tiada:)

    ReplyDelete
  3. Anak saya 2th6b skg...msih isap puting..sy dh byk kali cuba tahan dia dr isap puting..tp aty ni x kuat tiap kali tgok dy nangis..nak x nak,kna bagi jugak..cuma terhadkan sikit penggunaan puting kosong nih..

    ReplyDelete