Wednesday, January 09, 2013

PEDIH ULU HATI MASA PREGNANT

Salam korang.....dah breakfast blem? mummy dah selamat makan 2 bungkus nasi lemak, 2 gelas teh'o' ais n 3 keping kuih....skrang mummy cepat rasa lapar n letih....datang ja ofis lepas punch card terus ajak kawan turun makan...klu citer kat babah confirm kena perli....babah mesti cakap mummy klu tak mengandung pn slalu lapar n letih memanjang....hahaha

Sejak kandungan dah masuk lima bulan nie, mummy rasa tak larat sangat....rasa sakit pinggan n susah nak jalan...padahal kandungan baru 5 bulan n masih ada 4 bulan lagi...masih panjang perjalanan mummy memg jenis mengandung berat badan naik....perut besar...klu terserempak dengan orang mesti dorg tanya...brapa bulan n 2 orang ka dalam perut tu?....takdalh makcik2 yer sbb saya nie jenis perut tebal tu yang nampak besar....

Baru-baru nie mummy makan terlebih dari sukatan biasa n korang nak tahu apa terjadi? gamat kejap ofis mummy sbb mummy tak bleh bernafas...rasa pedih ulu hati n berpeluh2....nak duduk n berdiri tak bleh...semua rasa tak kena....lepas tu mummy minta kawan tolong belikan Gaviscon Liquid dalam bentuk sachets....bila makan terus rasa nak termuntah....ingatkan bleh lega sikit bila dah muntah....takda beza pn n kawan mummy tgk dah pelik sangat terus dorg tel kenderaan jabatan minta hantar gie Hospital tp babah tak kasi sbb dia dah on the way mai ambik mummy....Pedih Ulu Hati nie dah brapa kali jd kat mummy entah....tak tau nak cakap macam mana rasa dia...babah tanya gak kat Doktor sbb apa terjadi n doc cakap mummy makan berunsurkan rempah, minyak n banyak lagi la..tak pn baby kian membesar n perlukan ruang tu yang saluran apa entah menyempit...

Time mengandung nie mana bleh makan ubat sebarangan n doc cuma suruh kurangkan makan yang dilarang n doc sarankan mummy makan dalam sukatan kecil tp kerap...biaq senang hadam....balik rumah babah google sbb nak tahu puncanya n kebiasaannya wanita hamil akan rasa pengalaman nie tp dalam 100% hanya 25% ja berlaku...

Kat sini mummy senaraikan

Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi korang boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
  • Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  • Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  • Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  • Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
  • Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  • Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  • Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  • Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  • Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  • Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
  • Jangan merokok dan meminum alkohol.
Skrang mummy dah standby Gaviscon n beg plastik hitam dalam handbag n keta sbb klu terjadi dah tak kalut nak mencari Farmasi n berhenti keta mengejut...hahaah...

1 comment: