Friday, October 07, 2011

SIAPA MENTERI KEWANGAN

Pagi tadi semasa mummy n babah on the way ke tempat keja, dengar satu topik di salah sebuah stesen radio berkaitan "siapa menteri kewangan dalam keluarga"........en suami atau puan isteri..... 

Topik yang dibincangkan ini memang menarik minat mummy untuk terus mendengar. macam-macam jawapan dari pendengar. mummy tertarik dengan semua jawapan yang di beri dan di kongsi oleh pendengar.

Siapa yer menteri kewangan mummy.....? sebelum kawin, ayah n mak mummy la menteri kewangan tp bila dah berumahtangga.....babah adalah menteri kewangan mummy....bukan itu ja, babah adalah segala menteri dalam keluarga mummy.....menteri keselamatan dalam negeri, menteri penerangan dan komunikasi, menteri pelancongan, menteri kesihatan, menteri perdagangan dalam negeri, menteri pengangkutan.....hehehe...ambik babah jawatan melonggok....

Tp jangan salah tafsir dgn mummy, sebenarnya mummy bukan selfish tp babah tak pernah tanya n minta gaji dari mummy.....susah senang babah usaha sendiri....segala perbelanjaan azroiee taufiq biar dari berusia sehari  hingga skarang semua ditanggung oleh babah....mummy cuma bayar duit rumah (kuartes) ja....selebih nyer babah tolong settlekan.....brapa sangat duit kuartes tp babah masih tak minta duit dari mummy....tiap-tiap pagi babah masih beri duit sebelum mummy keluar rumah....kata babah duit buat blanja makan....padahal wang gaji masih belum terusik....mummy bersyukur pada ALLAH S.W.T sbb dikurnia suami yang bertanggungjawab seperti babah....

Nota kaki: Menteri Kewangan korang semua siapa yer? apa-apa pun pada pendapat mummy yang penting sikap bantu membantu.....tak kisahlah siapa menteri kewangan.....klu dah duit dalam poket sesak jangan la perasan yang menteri kewangan ja kena bertanggungjawab.....puan isteri pn kena membantu gak....biar sama-sama tahu susah senang....(forum perdana untuk mummy selaku Perdana Menteri)hehehe

segak tak menteri kewangan mummy?

No comments:

Post a Comment