Friday, October 28, 2011

LUAHAN PERASAAN




Salam kengkawan! Lama sudah mummy tak mengupdate entry sbb banyak tugas pejabat dan aktiviti luar membuatkan idea mummy sedikit terbantut untuk mengarang di sini. Baiklah, dipendekkan cerita saja lah; ofis mummy sebagai urusetia Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang dan mummy sbgai orang kuat program ini tp malang nyer apa yg mummy buat semua tak dihargai oleh Ketua Jabatan....semua nyer salah faham disebabkan kesalahan orang lain mummy yg terima akibat nyer....

cerita nyer kerana jabatan lain tak terima surat jemputan majlis perasmian dari pihak ofis mummy....padahal jabatan tersebut dah terima n cop dalam buku despatch....tu pn masih mengatakan tak terima.....semua ini saja propaganda nak betulkan diri sendiri....yang tersepit mummy gak.....dah tunjuk bahan bukti tp masih tak nak percaya n cakap semua yg mummy buat tipu n tak betol......tu la kan payah bila bercakap dengan orang yg lebih berpangkat dari kita n tak nak tgk kesahihan perkara tersebut n suka salahkan orang bawahan....lepas tu bos mummy plak tak sokong mummy, cuma mendiamkan diri.....tu yang mummy sedih sangat.....

apa salah mummy sampai ketua jabatan sering salahkan mummy....padahal salah tu berpunca dari orang lain tp mummy yang kena.....mummy dah banyak kali bersabar, n sampai bila mummy kena bersabar.....bila nak tukar, mummy takut dengan persekitaran pejabat baru.....kawan-kawan mcm mana plak?.....kat sini semua best kecuali ketua jabatan unit ja....tu yg KIV surat tukar.....

klu masih berterusan, jalan terbaik untuk mummy adalah bertukar ke jabatan lain la jawab nyer....kepada kawan-kawan mummy yang banyak membantu bagi menjayakan program HPPN & KK peringkat negeri pulau pinang tahun 2011....mummy ucapkan terima kasih tak terhingga....bukan nak melepas kerja tp mummy dah tawar hati nak menjayakan bersama.....orang tak nampak kepayahan & kesusahan mummy....

nota kaki: Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment