Wednesday, August 10, 2011

NAKAL TAPI BIJAK

Tak tahu pulak nak mulakan entry macam mana hari nie. mummy feel so awkward about writing at this blog. Seems like ketandusan idea suda. Kat rumah kadang-kadang banyak idea datang utk menulis. Tapi bila sampai kat opis, bukak blog, klik new post, termenung pulak mengadap keyboard. Whats wrong with mummy ?

Ok ada benda yang mummy nak cerita pasal Azroiee. Lately budak tu makin nakal & mengada-ngada. Memang bikin panas hati saja mummy di bulan yang mulia nih. Time azroiee tido takda la plak mummy n babah bising tp time mummy n babah ngantok nak tido....mula la nak memekik, memanjat, mengoyak buku n macm2 lg.....TENSION

Eventho mummy takdelah sampai terpekik terlolong marah azroiee, tapi sudah tahap membebel..... Mummy tak suka nak membebel sbnrnya. Sebab bukan azroiee dengar cakap pon. Dia buat jugak apa yang dia nak buat. Bazir air liur mummy ja la.... Tapi kalo mummy tak tegur, nanti azroiee ingat apa dia buat tu tak salah pulak. Haihh..dalam dilema sungguh mummy skrg nie. Nak bebel atau tak? Pilih.

Mummy jugak noticed yang bukan mummy ja di uji kesabarannya oleh si Azroiee. Babah pun dah sampai tahap berkata-kata la jugak bila azroiee buat pe'el. Dah pandai marah dah babah. Tapi suara mendatar jer serupa tak marah sgt pun.....babah mana pandai tinggi suara.

Sometimes bila mummy keraskan suara marah azroiee, dia pon cebik² la nak menangis. Pastu terus nak peluk mummy. Mummy pulak kesian, peluk la azroiee. Patutnya mummy kena bertegas sikit jangan peluk dia. Tapi naluri seorang Ibu mengatasi kemarahan. Haihh..salah didikan mummy nih rasanya. Hmm...

Mummy rasa Azroiee banyak pe'el macam tu sebab nak tarik perhatian mummy kot. Azroiee tahu bila dia menangis, mummy akan attend dia. sebab tu la dia buat gitu. Sebabnya bila babah yg datang, makin kuat melalaknya. Balik-balik nak mummy jugak yang amek dia dokong. Padahal babah  punyalah sayang & layan baik dgn azroiee. Tapi mummy kurang ambil kisah pasal azroiee jugaklah yang dia nak. Why?Why?? Best sangat ke mummy nie azroiee?

mummy selalu dengar budak yang nakal nie otaknya selalunya bijak. Cuma kita ibu bapa kena pandai exploit & ambil peluang ajar anak supaya bijak dalam perkara yang baik & betul. Tahap kesabaran pun kena pd level yang agak tinggi yer! Jangan mudah give up bila anak tak mahu ikut apa yang kita ajar. Cuba ajar dalam masa yang santai sampai kdg² dia tak sedar yang dia sedang belajar. Itu yang mummy cuba praktikkan pada Azroiee.....

Cuma bab nakal tuelah yang aku agak kusut memikirkannya sekarang. Tidaklah azroiee nie nakal memanjang. Kira seimbang la nakal dia dgn behave dia tuh. Bila time behave, sweet sangat perangainya. Masa tu memang kembang hati tengok anak baik perangai. Hihi.



acara bising tak kira masa
acara meragaih

acara memunggah pakaian dlm almari


No comments:

Post a Comment