Monday, August 22, 2011

9 BULAN ANAK TERUNA AZROIEE TAUFIQ


Hari ini genap umur anak teruna mummy 9 bulan 1 hari.....sepatutnya entry nie kemarin tp mummy busy apa entah......anak teruna nie dilahirkan 9 bulan lalu pada 21/11/2010 pada pukul 1.15 pagi..... wahhh banyak nombor 1 kan? kejap jer anak teruna mummy tu dah besar kan? 9 bulan lalu mummy dok bawak perut ke hulur ke hilir dan azroiee dilahirkan awal beberapa minggu dari tarikh due yang doktor berikan. tup-tup hari nie anak mummy tu dah 9 bulan umurnya. cepat sungguh masa berlalu.

sejak azroiee dah besar nie mummy rasa senang nak jaga dia nak tidurkan dia berbanding masa dia umur sebulan dua dulu. cuma azroiee nie agak lasak sikit. hobi dia sekarang menyepah rumah, bertatih berdiri dan memanjat. tapi biasalah budak-budak kan? memang itulah hobi dia.

 
perkembangan terbaru azroiee taufiq :
1) gigi ke 4 dia sudah keluar pada gusi bahagian atas. totally ada 4 batang gigi dia sekarang. dan mummy perasan macam ada lagi sebatang nak tumbuh tapi putih-putih gigi tu baru nampak samar-samar.

2) sudah mula berdiri sendiri melepaskan kedua-dua belah tangan dia. aksi nie memang favourite dia sekarang nie. kalau tiba-tiba jatuh kadang-kadang dia boleh bantai sengih.

3) keadaan azroiee sekarang sudah sedikit kurus sejak dia selsema hari tu. sekarang nie mummy bagi azroiee makan nasi putih ngan sup..... harap badan azroiee kembali seperti dulu.

4) sekarang azroiee dah pandai melayangkan tangan tanda bye-bye lepas mummy n babah hantar umah baby sitter.....bila sebut bye-bye terus mengamit tangan.....rasa sungguh teruja 

tak banyak perkembangan azroiee buat masa nie. sebab azroiee pun baru sembuh dari selsema kan? tapi Alhamdulilah azroiee dah mula aktif seperti selalu.....

No comments:

Post a Comment