Monday, January 14, 2013

PERGINYA TAK KEMBALI

Salam korang....hari isnin yang lemau....nak buat keja pun malas...rasa nak baring ja...nak time off takda sapa kat umah..huhu..

Entry kali nie buat kawan mummy yang telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 29hb Disember 2012...mummy mula berkenalan  dengan arwah sejak hari pertama lapor diri di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang tak salah mummy pada 15 Januari 2008...




Mummy panggil arwah, abg sofi....dia pemandu kat JPS n baik sangat...time mummy takda kawan dialh kawan mummy breakfast n lunch...sampai semua kawan ofis cakap kitaorg ada skandal n arwah penyebabnya mummy putus tunang...mana taknya lepas putus tunang lg kerap ktorg kluar makan...hampir setiap hari...tp arwah dah anggap mummy macm adik dia tu yang takda apa2 hubungan antara ktorg....cakap ja nak makan kat mana mesti arwah bawak mummy dengan keta jabatan...hahaha(guna keta kerajaan untuk kegunaan peribadi)

Mummy terputus hubungan dengan arwah sejak mummy kahwin dengan babah...bukan sbb frust tp sbb nak elak dari fitnah n salah sangka....sejak tu ktorg dah tak rapat sangat, klu kluar pn beramai-ramai...kadang2 arwah tak join pn...lepas tu mummy plak tukar jabatan lain lglh tak contact...masing2 buat hal masing2 n arwah pn bertukar dari ibu pejabat ke daerah...

Sejak brapa lama tak contact n jumpa, mummy dapat msg yang mengejutkan mengatakan abg sofi telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Seberang Jaya pada hari yang sama arwah kemalangan....arwah kemalangan motosikal, arwah cuba elak lopak n berlanggar sesama motosikal...arwah cedera parah dibahagian muka n kepala...mummy dapat berita nie pn hari ahad pada 30hb Disember 2012...time tu mummy tengah bersuka ria di Tambun....memang mengejutkan...tak tau nak cakap macm mana...nak telefon tanya pn tak tau nak tuju sapa sbb ramai kengkawan tengah bercuti...

Bila dah mula kerja baru mummy tanya kawan2 apa betoi msg yang mummy terima...memg kesahihannya abg sofi telah menemui PenciptaNya....ramai kengkawan yang tak tau n bila dah mula keja setelah bercuti semua terkejut...dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin

Thursday, January 10, 2013

DEMI ANAK

Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita terutamanya bab pemakanan. Macam azroiee, mummy pastikan dia kurang makan makanan ringan,tak bermaksud tak bg terus tp mummy kurangkan....susah nak control sbb babysitter azroiee suka belikan...dah kata budak2 tgk jajan confirm dorg makan....tp yang penting mummy pastikan azroiee minum susu secukupnya, makan multivitamin dan makan dengan betul. Tapi bila berkait dengan anak dalam perut macam mana pula?

Mummy cuba sedaya upaya makan makanan yang berkhasiat, makan obimin dan ambil makanan seimbang demi baby dalam perut. Tapi cukup ka? Mummy ni dahla kurang gemar sayur-sayuran.. Jadi setiap kali mengandung, ini antara yang menjadi kerisauan mummy. mummy selalu terfikir, apa yang mummy makan hari ni cukup ka untuk baby? Sebab kalau makan banyak pun, kalau kita punya sistem penghadaman yang lemah, nutrien tak sampai juga pada baby. Tak gitu? Huhu....(dah mcm doktor)


Nasib baik ada Anmum Materna baru dengan Probio DR10 and Prebiotic. Probio DR10 and Prebiotic ini merupakan nutrien tambahan baru dalam Anmum Materna. Nutrien lain macam folate, DHA, Gangliosides, kalsium dan zat besi.....Semakin banyak kebaikan dalam Anmum Materna ni sebab tulah ia sentiasa menjadi pilihan utama jenama susu pre-natal yang paling dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia...


ok, sejak dari mummy tau apa tu Gangliosides, mummy betambah yakin dengan Anmum.. Lagi-lagi kita sedia maklum Anmum tiada gula tambahan.. No Added Sugar okayyyy!!!!

Selain dari Gangliosides.. ada lagi Nutrien penting dalam Anmum yang korang patut tahu.

SA
Highly concentrated in the central nervous system, especially the brain and in the cerebral cortex (memory area)

DHA
Makes up approximately more than 25% of lipid in the brain and 30%-40% of the fatty acids in the retina.

IRON

CALCIUM


untuk maklumat lanjut korang bleh click http://www.facebook.com/AnmumClub

kat situ ada bermacam info pasal Anmum..ada discussion forum jugak ye.. zaman sekarang info senang je nak dapat... rajin dengan malas je... tapi mummy yakin.. kalau untuk anak sendiri.. ada ke orang yang malas? tak nak ke kalau anak-anak kita bijak? sure bangga kan.. so semua terpulang kepada ibu bapa.. kita usaha... jangan berkira untuk bagi yang terbaik untuk anak masing-masing..

bye. 


Wednesday, January 09, 2013

PANAFLEX vs KOOL FEVER

Pekerja kontrak yang penat setelah bertungkus lumus menyiapkan porch keta.....dan pada malamnya dua-dua beranak sakit badan....yang babah memang confirm sakit badan n si anak plak badan panas sikit...orang tua-tua cakap dedaq..klu sebelum nie jangan harap dapat lekap kool fever tu kat dahi n belakang badan....ada saja alasan dia...tp malam tu sbb babah pakai Panaflex n dapat gak la lekap Kool fever skali.........


sayang kamu berdua...............


cepat buat superman sbb nak tangkap gambar.....hahaha

PEDIH ULU HATI MASA PREGNANT

Salam korang.....dah breakfast blem? mummy dah selamat makan 2 bungkus nasi lemak, 2 gelas teh'o' ais n 3 keping kuih....skrang mummy cepat rasa lapar n letih....datang ja ofis lepas punch card terus ajak kawan turun makan...klu citer kat babah confirm kena perli....babah mesti cakap mummy klu tak mengandung pn slalu lapar n letih memanjang....hahaha

Sejak kandungan dah masuk lima bulan nie, mummy rasa tak larat sangat....rasa sakit pinggan n susah nak jalan...padahal kandungan baru 5 bulan n masih ada 4 bulan lagi...masih panjang perjalanan mummy memg jenis mengandung berat badan naik....perut besar...klu terserempak dengan orang mesti dorg tanya...brapa bulan n 2 orang ka dalam perut tu?....takdalh makcik2 yer sbb saya nie jenis perut tebal tu yang nampak besar....

Baru-baru nie mummy makan terlebih dari sukatan biasa n korang nak tahu apa terjadi? gamat kejap ofis mummy sbb mummy tak bleh bernafas...rasa pedih ulu hati n berpeluh2....nak duduk n berdiri tak bleh...semua rasa tak kena....lepas tu mummy minta kawan tolong belikan Gaviscon Liquid dalam bentuk sachets....bila makan terus rasa nak termuntah....ingatkan bleh lega sikit bila dah muntah....takda beza pn n kawan mummy tgk dah pelik sangat terus dorg tel kenderaan jabatan minta hantar gie Hospital tp babah tak kasi sbb dia dah on the way mai ambik mummy....Pedih Ulu Hati nie dah brapa kali jd kat mummy entah....tak tau nak cakap macam mana rasa dia...babah tanya gak kat Doktor sbb apa terjadi n doc cakap mummy makan berunsurkan rempah, minyak n banyak lagi la..tak pn baby kian membesar n perlukan ruang tu yang saluran apa entah menyempit...

Time mengandung nie mana bleh makan ubat sebarangan n doc cuma suruh kurangkan makan yang dilarang n doc sarankan mummy makan dalam sukatan kecil tp kerap...biaq senang hadam....balik rumah babah google sbb nak tahu puncanya n kebiasaannya wanita hamil akan rasa pengalaman nie tp dalam 100% hanya 25% ja berlaku...

Kat sini mummy senaraikan

Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi korang boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
  • Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  • Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  • Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  • Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
  • Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  • Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  • Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  • Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  • Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  • Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
  • Jangan merokok dan meminum alkohol.
Skrang mummy dah standby Gaviscon n beg plastik hitam dalam handbag n keta sbb klu terjadi dah tak kalut nak mencari Farmasi n berhenti keta mengejut...hahaah...

PROJEK HUJUNG MINGGU

Citer hujung minggu. mai nak story sikit tentang projek babah...dah dua kali hujung minggu babah buat projek nie n ahad lepas baru siap 100%...itupn dengan bantuan bala tentera family mummy....babah dah tak larat sangat2 baru tel ayah mummy minta bantuan...klu ikutkan dia tak nak menyusahkan sesiapa tp dah kejang kaki tangan baru minta bantuan....

Projek takdalh hebat sangat cuma memerlukan stamina yang kuat...klu suami korang nak membina muscle boleh mencuba....confirm klu yang biasa pegang pen dgn kertas bleh gegar satu badan....dengar projek mcm gah tp hanya sekadar buat porch keta ja....hehe....citer biar sempoi....

Klu korang nak guna khidmat menukang bleh gak minta tolong babah....khidmat yang diberikan tip top sbb ada permbantu junior...




sempat lagi buat peace.........

AR n IR tengah berbincang.......






Jom scroll down lagi


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Apa yang penting????


-KERJASAMA-

#wonderpets


Tuesday, January 08, 2013

PERFUME

Assalamualaikum..

dah kenyang belum korang?? Lunch tadi, mummy pekena nasi lagi.. boring dah makan nasi, tp takut lapar tu yang makan nasi gak...sekarang, bila sudah kenyang, mata mulalah meredup2 je.. lebih2 lagi bila bos takda keja nak kasi, rasa nak melingkar di atas meja ini.. hehe..

Selalunya, bila lepas balik makan, korang perasan tak yang bau makanan atau asap2 masakan melekat di baju atau tudung korang?? ha.. inilah yang terjadi pada mummy setiap kali balik dari tempat yang ada bau makanan2 ni.. dan hidung mummy ni, lately, sangat sensitif dengan bau2 yang kurang menyenangkan.. dah dua kali mummy sembur skit perfume kat tudung.. hehe.. padahal setiap pagi mummy sembur.. tapi bau makanan lagi kuat menyerap di tudung.. lebih2 lagi kalau pegi kedai mamak.. erk, memang power la 'perfume' yang melekat tu..

pulak tu, ada sesetengah kain yang menyerap bau..bau tu akan melekat sampai la balik opis.. jadi, kalau nak ulang pakai balik, make sure basuh dulu atau sembur lagi dengan perfume..

Bukan nak kata bau makanan je yang melekat.. bau kaki orang, bau badan orang, bau asap rokok pun boleh membuatkan hidung mummy tak selesa.. tapi, kalau mummy dah memang sama2 busuk dengan orang tu, mummy tak de la heran sangat.. hehe.. mungkin pembawakan budak kot menyebabkan hidung mummy ni sangat sensitif dengan bau busuk.. 

ke perfume mummy yang tak kuat? huhu.. cite pasal busuk2 ni, mummy dah lama tak beli perfume.. last beli perfume time pie langkawi yang lepas...beli kat terminal feri langkawi....babah hadiahkan perfume GUESS...may be bau dia pun dah tak berapa nak melekat dengan mummy.. melekat kejap je.. pernah tak korang mengalami, ada orang tu, dia dah tak de kat kawasan tu, tapi bau perfume dia still tinggal kat situ.. hehe.. berapa banyak la dia sembur ek.. mummy ni nak pakai lebih2 ala2 mandi perfume tu, jangan harap la..pakai sekadar untuk babah adalah...hehehe

Eh, tiba2 macam nak pegi beli perfume je.. ni dah dekat hari menhitung gaji n bonus :-))) tapi, kalau nak beli pun, tak de la mummy beli set yang macam hantaran kawin tu. mungkin beli sebotol @ ala carte saje.. bau yang mummy suka adalah bau lembut, bau bunga gitu..itupn kena ikut deria bau babah gak sbb klu silap beli nanti babah cakap perfume apa 'U' pakai nie, bau mcm longkang ja....ada ka patut Lancome Hypnose bau longkang.... ni dah nak dekat Tahun Baru Cina, mesti ada sale perfume kan....atau nak tunggu lepas deliver baru beli perfume baru....hahaha....



Okey.. babai.. (hari nie entry takda picture yer.....)

MENJENGKELKAN DI TEMPAT AWAM

Selamat pagi korang.....saja nak borak kosong sbb pagi td masa on the way mai keja mummy dengar tajuk bicara kat Hot FM tu yang nak borak kat blog plak......PERKARA MENJENGKELKAN DI TEMPAT AWAM....
Macam-macam yang mummy dengar n ada yang sering terjadi pada diri sendiri....

Perkara yang menjengkelkan yang pernah mummy alami bila kat kedai makan, tengah kita sedap2 duk makan ada ja orang kurang pandai nie nak meludah or membuang apa yang tak patut.....dengan rasa tak bersalah plak tu bila kita buat berhenti makan n tgk dia....memang sah2 la mummy tak jamah dah makan tu....bleh pantang 100 hari bila teringat benda tu.....haha...

Perkara kedua plak bila kita tengah seronok bawak anak2 jejalan n ternampak keluarga lain sedang marah anak2 n pukul dorg depan orang lain rasa mcm nak lempang ja dorg sbb marah anak2 depan orang...bukan nak cakap mummy baguih didik anak tp ada masa nak marah anak2 yang kian membesar nie...dorg pn ada perasaan malu...pernah sekali mummy dengar si anak nie minta kasut, itu pn kat TESCO tp yang si bapak nie terus pulas telinga anak sampai nangis teresak2.....masa tu mummy dekat ja dengan dia n rasa macm nak tampar ja muka si bapak nie.....si anak baru minta kasut bukan suruh belikn lagi....klu tak mampu beli or kasut dah belambak kat umah, kan lebih baik cakap elok2....tak yah nak naik tangan kat muka or badan dorg....si anak baru minta kasut kat TESCO tu belum minta kat Butik Jimmy Choo...mahu putus telinga anak dipulas nya....

Perkara ketiga plak rasa nak termuntah bila tengok remaja2 sekarang yang tergedik2 dgn boyfriend dorg....mummy pn pernah remaja n bercinta tp takdalh nak berpeluk smpai susah nak jalan...kan lebih baik bersikap profesional..bukan mummy cakap tak bleh bercinta tp rasa malu la sikit bila di tempat public...

Banyak lagi perkara yang menjengkelkan tp yang tersenarai nie kira serius yang mummy tak suka....klu korang rasa ada perkara yang menjengkelkan dihati korang senaraikanlah n boleh share dibahagian comment....hahaha


Bye...........