Friday, October 24, 2014

MAAL HIJRAH 1436H

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia.. Yeay, esok cuti..bukan cuti saje ye kawan-kawan, petang ni bacalah doa tutup & buka buku baru.. Apa azam tahun baru ni??hmm..azam tu memang punyala banyak, berkobar-kobar tol.. tapi dah tak ingat dah azam mummy tahun lepas camana..hehe..Sebabnya tidak tertulis dimana-mana.. Ingat dalam kepala je, tapi sampai sekarang, azam tinggal azam sahaja..
 
Ha, ni dah ada blog, boleh tengok-tengok balik apa azam yang mummy tulis tu kan.. Bukan nak poyo menunjuk-nunjuk, tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri.. Kalau nak buat jahat, haa, tengok balik la azam yang tercatat ni..huhu..
Harapan mummy pada tahun baru Islam yang akan datang kejap lagi ni ialah :-
  • tentunya menjadi umat Islam yang menurut perintah Allah.. Yang mana lompong-lompong tu, sila la refill selalu.. yang mana belum buat, sila la buat tahun ni & mencuba ke arah itu..
  • Nak jadi isteri yang solehah..hihi.. nak bangun awal,tido lambat, kemas rumah, gosok baju, masak setiap hari kalau ada lauk dalam peti, jaga anak baik-baik sampai mummy kurus sikit ^_^
  • Menjadi anak yang baik kepada ibu bapa.. berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup & jangan menyakiti hati mereka..
  • semoga mummy dan keluarga panjang umur, dimurahkan rezeki yang halal, dikurangi bebanan hutang, dijauhi dari segala bala bencana, di beri kesihatan tubuh badan yang baik
  • Harapan untuk babah, semoga menjadi suami yang mithali & baik, bertangunggjawab, rajin tolong isteri (sekarang pun memang dah rajin), kasi duit banyak2 kat isteri.. hihi, tolong jaga anak, kemas rumah bla bla bla.. (kalau boleh, semualah babah buat..heee..)
  • Untuk anak mummy, Azroiee jangan nakal-nakal. semoga azroiee jadi anak yang soleh, bijak, sihat & ceria selalu.. jangan malas baca buku....
  • Untuk anak dara mummy, Adleena jangan nakal-nakal gak ..semoga adleena jadi anak yang solehah, bijak, sihat dan ceria selalu....suka minum susu mummy, suka makan.. semua yang terbaik hanya untuk kamu berdua..dan last skali untuk adleena plz jangan semak rumah...
Ni azam ke wasiat ni??hehe..wat ever la..harap-harap menjadi la ye..terutamanya dua yang atas tu..hehe.. Okay, akhir kata, salam maal hijrah DARI KAMI SEKELUARGA..
 
 
 

2 comments: