Tuesday, March 12, 2013

LOVE U DARLING ~HAPPY ANNIVERSARY~

Selamat pagi korang...hari yang menceriakan sbb hari nie anniversary mummy & babah yang ke-4.. Aaaaauuuwwwww....matilah topik puji babah hari ni. Harap jangan muntah darah sbb mummy mmg nak puji En Talib hari ni. Babah orang dia, memang simple sangat....tak suka fikir problem langsung. Kalau ada masalah pun babah cool jer. Babah sentiasa ceria & pandai menjaga hati semua orang. Satu benda jer dalam hidup babah, dia tak suka bila dia ambik mummy kat ofis n mummy buat muka masam atau boikot tak bercakap . Mmg pantang datuk nenek dia. Dia tak suka mummy susah hati, dia tak suka bila mummy senyap.....Babah tahu isteri dia ni kuat membebel.... Kalau senyap maknanya adalah yang mummy tak puas hati....Babah tak suka bergaduh....dia tak suka tengok mummy merajuk. Mmg kami jarang bergaduh kalau bergaduh pun mesti sbb kecik2 ja...itupn susah nak panjang2...klu paling lama pn dalam 30 minit....hehehe

Masa mummy alah mengandungkan anak kedua, mummy duduk umah ngan azroiee sbb malas nak gie umah mak...nak hantar azroiee umah babysitter pn malas...jd tinggal la kami berdua...sepanjang duduk di rumah babah akan hantar makanan n buat apa yang patut, seperti mandikan azroiee or kemas apa yang patut sbb mummy memg takda kudrat nak bangun....ada satu malam mummy memg tak larat n minta babah antar gie hospital...bila dah check n doc suruh admit...memg menguji kesabaran sbb dah tengah malam....pernah gak terlintas nak hantar azroiee gie rumah mak mummy.... Tapi babah tak nak....babah kata susah senang biar kita anak beranak hadapi....jgn susahkan orang lain. Tak tahu macam mana nak luahan tapi mummy betul2 tersentuh. Babah sentiasa ada sisi mummy bila mummy memerlukan.....

Babah menjaga mummy seperti seorang pemaisuri....kata babah inilah masa dia nak tunjukkan kasih sayang dia....babah akan make sure yang mummy sentiasa tersenyum dan happy. Babah tak pandai meluahkan dengan perkataan tapi dengan perbuataannya tp mummy tahu dia sangat mencintai mummy...I luv u toooo Darling.

Mungkin bagi korang ini perkara biasa....perkara yang semua suami akan buat bila sayangkan isteri...cuma babah tak pernah fikir yang terbaik untuk diri sendiri tp apa yang dia fikir adalah untuk anak isteri dia sahaja... ..Tak tau nak citer apa lg n mcm mana nak meluahkan yer...kadang2 benda2 kecil macam ni yang menyedarkan mummy betapa bersyukurnya mummy menjadi isteri kepada Talib Bin Mat...Sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarga... Syukur pada ALLAH kerana menjadikan babah tulang rusuk mummy...Alhamdulilah....

HAPPY ANNIVERSARY BABAH & MUMMY.....
 

 
Darling....I luv u so much dan betapa bersyukur nya I dapat menjadi isteri u...harap kasih sayang kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat....Amin.



2 comments: