Salam n selamat pagi semua....mummy banyak benda nak citer tp memandangkan bz tahap gaban mummy tangguhkan yer sbb entry tu nak kena unload picture....mummy citer entry yang senang n takda picture yer...
Perbualan pertama
Perbualan pertama
Azroiee : Jom jalan-jalan mi....
Mummy : Nak gie mana?
Azroiee : kuaq (sambil tunjuk di luar rumah)
Mummy : tanya babah?
Azroiee : ba, jom jalan-jalan ba?
Babah : Jom siap.....
Mummy : Nak gie mana?
Azroiee : kuaq (sambil tunjuk di luar rumah)
Mummy : tanya babah?
Azroiee : ba, jom jalan-jalan ba?
Babah : Jom siap.....
Perbualan kedua
Azroiee : Mi nak oyet....(coklat)
Mummy : Tak bleh nanti gigi rosak...
Azroiee : nak oyet gak....
Mummy : Babah, azroiee nak coklat....?
Babah : Nak rotan.....?
Mummy : Tak bleh nanti gigi rosak...
Azroiee : nak oyet gak....
Mummy : Babah, azroiee nak coklat....?
Babah : Nak rotan.....?
Azroiee : Tak mau oyet nak roti la.....
Perbualan ketiga
Azroiee : jom ngok ayaq...(air sungai)
Mummy : Tak mau la.....
Azroiee : jom la....
Mummy : tak mau la dalam ayaq tu ada momok...
Azroiee : mi gayat arr.....
Babah : hehe...Yer la azroiee.....mummy gayat kan...
Mummy : Tak mau la.....
Azroiee : jom la....
Mummy : tak mau la dalam ayaq tu ada momok...
Azroiee : mi gayat arr.....
Babah : hehe...Yer la azroiee.....mummy gayat kan...
Itu antara contoh-contoh komunikasi antara mummy dengan azroiee... Kadang-kadang mummy pelik dan terfikir dari mana azroiee belajar semua ni? Sebab tak semua perkataan baru tu mummy yang ajar. Automatik terkeluar dari mulut azroiee bila dia bercakap... mummy terkejut gak la, bila masa azroiee belajar perkataan ni?
Ramai yang bagitahu kat mummy yang anak lelaki mesti akan lambat berjalan dan lambat bercakap. Kadang-kadang mummy terpengaruh jugak dengan kata-kata orang. Dan mulalah mummy akan risau bila banyak berfikir. Sampailah tiba masanya azroiee dah mula berjalan pada umur 1 tahun 1 bln.... Masa tu pun mummy dah terkejut sebab mummy tak sangka jugak yang azroiee akan berjalan seawal usia begitu, sebab masih memegang persepsi kata-kata orang sebelum ni. Dan sekarang pada usia azroiee yang belum mencecah dua tahun, sekali lagi mummy terkejut sebab azroiee dah mula bercakap menggunakan perkataan-perkataan baru yang mummy sendiri tak pernah terfikirkannya.
Buat masa sekarang ni, azroiee boleh faham arahan dan percakapan semua orang. Kalau ada arahan dan percakapan kita yang dia tak faham, mummy akan cuba terangkan dan betulkan. Cuma sekarang ni mummy kena lebih berhati-hati dan control bila bercakap.....sebab azroiee ni jenis mudah mengikut apa yang orang lain cakap. Itu yang merisaukan mummy sekarang....
Contoh hari tu, mummy panggil babah dengan panggilan ‘darling’. Tak lama lepas tu, azroiee cuba panggil babah dia dengan panggilan ‘darling’ jugak. Puaslah mummy nak terangkan kat azroiee nak bagi dia faham. Kadang-kadang kelakar pun ada bila tengok keletah azroiee ni. Hehe.
Jadi bila anak dah mula berkomunikasi , kita sebagai mak bapak kena sentiasa control apa yang kita nak cakapkan. Sebab dorg dalam peringkat nak belajar benda dan perkara baru. Jadi kita kena sentiasa terangkan mana yang tak betul dan mana yang betul.
Jadi bila anak dah mula berkomunikasi , kita sebagai mak bapak kena sentiasa control apa yang kita nak cakapkan. Sebab dorg dalam peringkat nak belajar benda dan perkara baru. Jadi kita kena sentiasa terangkan mana yang tak betul dan mana yang betul.
Lagi satu, bila anak silap cakap kita kena cuba betulkan. Budak-budak yang baru nak belajar ni selalunya akan bercakap hujung-hujung perkataan macam azroiee ni. Jadi, kita kena sentiasa cuba terapkan perkataan penuh dan betulkan. Walaupun si anak agak payah nak sebut sebab masih baru bagi diri dia, tapi kita kena sentiasa bercakap dalam perkataan dan ayat penuh tanpa berkomunikasi dalam bahasa yang pelat. mummy tak tahulah kalau orang lain macam mana. Tapi untuk diri mummy, memang tak amalkan bahasa pelat dengan azroiee... Mummy tetap menggunakan bahasa dan ayat penuh walaupun kadang-kadang azroiee terkial-kial nak belajar sebut setiap perkataan yang mummy ajar..
Yang penting mummy gunakan cara yang betul. InsyaAllah mungkin berkat kesungguhan mummy & babah akan membuahkan hasil. InsyaAllah mudah-mudahan.
gaya peace azroiee taufiq.........
No comments:
Post a Comment