Thursday, March 15, 2012

SAYANG SEORANG ANAK KEPADA IBUBAPA


Ini entri ketiga mummy untuk bulan ni. Tiba-tiba sebelum balik kerja ni, mummy rasa nak menulis pulak. Jadi bila mood tengah ada tu aku cepat-cepatlah taip apa yang patut. Nanti bila mood menulis takda bersawang berminggu-minggu pulak blog Mummy Azroi ni. Kasihan blog mummy ni kan?

Dah lama tak cerita pasal azroiee Taufiq kan? Ok entri kali ni mummy nak cerita sikit pasal azroiee... azroiee dari kecil sampai sekarang, dia sangat rapat dengan babah berbanding dengan mummy. Mummy pernah dengar orang cakap selalu cakap anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah n anak lelaki akan lebih rapat dengan mak. keadaan tu normal. tp sebaliknya terjd pada mummy....azroiee lebih rapat dengan babah berbanding dengan mummy.

Kalau Azroiee merajuk ka, Azroiee nak perhatian ka, Azroiee nak sesuatu benda ke memang tempat pertama yang azroiee tuju adalah babah. Kecuali bila babah tak ada kat rumah sebab kerja ke keluar cuci kereta baru azroiee akan datang kat mummy.... Mula-mula dulu mummy memang terasa kecil hati. Iyelah mummy yang mengandungkan dan melahirkan dia tau. Tup-tup bila keluar dari perut mummy azroiee rapat dengan babah dia.

Contohnya, soalan pertama yang selalu azroiee akan soal selepas dia bangun dari tidur tiap-tiap pagi ialah :


'Ba?'

Hah dari situ dah tahu kan azroiee ni anak bapak. Fotostat muka mummy tp rapat ngan babah.....Sabar je lah mummy.....tp pernah dengar org tua-tua cakap klu anak lelaki ikut muka mak n anak perempuan ikut muka ayah sejuk ......klu sebaliknya panas n tak sependapat.....kira mummy n azroiee sejuk la sangat.....

Tapi sebenarnya tak adalah azroiee langsung tak mahu dengan mummy. Kalau babah tegur azroiee dan azroiee merajuk sebab babah dia tegur dia, automatik azroiee akan datang kat mummy jugak. Sebab dia tahu mummy akan pujuk dia. Azroiee pun rajin borak-borak dengan mummy lepas mummy ambil dia dari rumah babysitter. Dari situ mummy cuba merapatkan hubungan mummy dengan azroiee.
Tapi bila mummy kenang-kenangkan balik masa mummy kecil-kecil dulu, mummy memang rapat gila dengan ayah mummy berbanding dengan mak mummy. Mummy suka ayah sebab bila mummy nak apa-apa ayah mummy mesti akan belikan. maklumlh anak perempuan sulung.....muka mummy fotostat mak mumgkin sbb tu kot ktorg kurang bersependapat kot.....hehehe....

Tapi bila mummy meningkat dewasa n dah berumahtangga, automatik mummy tak rapat dengan ayah. Sebabnya mummy rasa segan dengan ayah sendiri. Hehe. Sebab mummy rasa mak mummy lebih memahami kehendak mummy. Mungkin golongan perempuan sesama golongan perempuan jadi mak mummy lebih faham apa kehendak mummy berbanding ayah. Contohnya hal hubungan mummy dengan babah... mak mummy lebih banyak tahu cerita kami berbanding ayah.

Pernah babysitter cakap abis la mummy sbb azroiee lebih rapat ngan bapak nyer berbanding emak.....babysitter perasan sbb bila hantar pagi2 babah kalut sikit nak mengejar masa takut tak sempat n dia akan panggil 'ba' untuk minta di salam....klu mummy jgn harap panggil siap paling muka minta ke tempat lain......tp tak menguris hati mummy pn sbb mummy lebih faham kerenah anak mummy berbanding babah.....mummy yang mengandungkan dan melahirkan dia. Sah-sah mummy lebih faham perangai anak mummy kan?


anak babah

muka mummy

Nota kaki : Kasih seorang anak tak ke mana. Tetap tumpah kat mak bapak jugak. Percayalah......

No comments:

Post a Comment