Thursday, March 15, 2012

SAYANG SEORANG ANAK KEPADA IBUBAPA


Ini entri ketiga mummy untuk bulan ni. Tiba-tiba sebelum balik kerja ni, mummy rasa nak menulis pulak. Jadi bila mood tengah ada tu aku cepat-cepatlah taip apa yang patut. Nanti bila mood menulis takda bersawang berminggu-minggu pulak blog Mummy Azroi ni. Kasihan blog mummy ni kan?

Dah lama tak cerita pasal azroiee Taufiq kan? Ok entri kali ni mummy nak cerita sikit pasal azroiee... azroiee dari kecil sampai sekarang, dia sangat rapat dengan babah berbanding dengan mummy. Mummy pernah dengar orang cakap selalu cakap anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah n anak lelaki akan lebih rapat dengan mak. keadaan tu normal. tp sebaliknya terjd pada mummy....azroiee lebih rapat dengan babah berbanding dengan mummy.

Kalau Azroiee merajuk ka, Azroiee nak perhatian ka, Azroiee nak sesuatu benda ke memang tempat pertama yang azroiee tuju adalah babah. Kecuali bila babah tak ada kat rumah sebab kerja ke keluar cuci kereta baru azroiee akan datang kat mummy.... Mula-mula dulu mummy memang terasa kecil hati. Iyelah mummy yang mengandungkan dan melahirkan dia tau. Tup-tup bila keluar dari perut mummy azroiee rapat dengan babah dia.

Contohnya, soalan pertama yang selalu azroiee akan soal selepas dia bangun dari tidur tiap-tiap pagi ialah :


'Ba?'

Hah dari situ dah tahu kan azroiee ni anak bapak. Fotostat muka mummy tp rapat ngan babah.....Sabar je lah mummy.....tp pernah dengar org tua-tua cakap klu anak lelaki ikut muka mak n anak perempuan ikut muka ayah sejuk ......klu sebaliknya panas n tak sependapat.....kira mummy n azroiee sejuk la sangat.....

Tapi sebenarnya tak adalah azroiee langsung tak mahu dengan mummy. Kalau babah tegur azroiee dan azroiee merajuk sebab babah dia tegur dia, automatik azroiee akan datang kat mummy jugak. Sebab dia tahu mummy akan pujuk dia. Azroiee pun rajin borak-borak dengan mummy lepas mummy ambil dia dari rumah babysitter. Dari situ mummy cuba merapatkan hubungan mummy dengan azroiee.
Tapi bila mummy kenang-kenangkan balik masa mummy kecil-kecil dulu, mummy memang rapat gila dengan ayah mummy berbanding dengan mak mummy. Mummy suka ayah sebab bila mummy nak apa-apa ayah mummy mesti akan belikan. maklumlh anak perempuan sulung.....muka mummy fotostat mak mumgkin sbb tu kot ktorg kurang bersependapat kot.....hehehe....

Tapi bila mummy meningkat dewasa n dah berumahtangga, automatik mummy tak rapat dengan ayah. Sebabnya mummy rasa segan dengan ayah sendiri. Hehe. Sebab mummy rasa mak mummy lebih memahami kehendak mummy. Mungkin golongan perempuan sesama golongan perempuan jadi mak mummy lebih faham apa kehendak mummy berbanding ayah. Contohnya hal hubungan mummy dengan babah... mak mummy lebih banyak tahu cerita kami berbanding ayah.

Pernah babysitter cakap abis la mummy sbb azroiee lebih rapat ngan bapak nyer berbanding emak.....babysitter perasan sbb bila hantar pagi2 babah kalut sikit nak mengejar masa takut tak sempat n dia akan panggil 'ba' untuk minta di salam....klu mummy jgn harap panggil siap paling muka minta ke tempat lain......tp tak menguris hati mummy pn sbb mummy lebih faham kerenah anak mummy berbanding babah.....mummy yang mengandungkan dan melahirkan dia. Sah-sah mummy lebih faham perangai anak mummy kan?


anak babah

muka mummy

Nota kaki : Kasih seorang anak tak ke mana. Tetap tumpah kat mak bapak jugak. Percayalah......

Wednesday, March 14, 2012

3RD ANNIVERSARY

Assalamualaikum dan selamat tengahari.



sepatutnya entri nie mummy buat dua hari lepas...ini kali pertama mummy membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan mummy dan babah.....

Hari Isnin lepas 12/3/2012 genap usia perkahwinan mummy dan babah 3 tahun. dah 3 tahun mummy jadi isteri kepada En Talib.....Alhamdulilah kami bersyukur dengan perhubungan ini dan Alhamdulilah mummy dan babah di beri rezeki menimbang zuriat sendiri sekarang. Azroiee Taufiq adalah harta paling penting dalam hidup mummy sekeluarga sekarang.



bagi mummy usia perkahwinan mummy yang 3 tahun ini masih baru lagi. mummy masih mentah lagi dalam bab selok-belok menjaga sebuah perkahwinan itu. mummy masih tahap belajar lagi... mummy berharap mummy dapat belajar lagi dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

mummy juga berharap mummy dapat menjadi isteri yang lebih baik seperti rajin memasak, mendengar kata suami, Alhamdulilah sekarang mummy dah kurang tido awal dan bila mood rajin datang mummy sendiri yang akan masak untuk babah w/pun babah melarang mummy dari berbuat demikian. 

mummy juga dah pandai kawal perasaan marah mummy. mummy tak seperti zaman dulu yang selalu marah klu kemahuan tak dituruti. mummy rasa mummy patut lebih matang mungkin bila sudah bergelar mak budak bukan? satu perkembangan yang baik untuk diri mummy.

cuma mummy nak sangat perangai degil mummy nie dapat dikurangkan. mummy memang degil sikit. mak mummy cakap mummy keras kepala dan tak mudah mengalah. hehe. mummy rasa babah pun dah faham sangat perangai mummy yang itu.

Nota Kaki : mudah-mudahan mummy dan babah dipermudahkan dalam urusan hubungan suami isteri ini. InsyaAllah :)

PERCUTIAAN MEMENATKAN

Assalamualaikum


Ok kali ni mummy nak ceritakan sikit pasal percutian mummy sekeluarga ke Kuala Lumpur... Cerita ni dah basi pun. Dah berlalu lebih 4 bulan pun. Tapi mummy baru terhengeh-hengeh nak draft satu entri kat sini. Bukan apa, mood nak menulis tu takda... Perangai mummy ni kena tunggu betul-betul ada mood nak menulis, baru mummy ada hati nak taip sesuatu kat sini. Bila mood tu ada baru syok sikit nak menulis kan? hehehe.....

Sebenarnya percutian ke Kuala Lumpur ni di rancang babah bersama kawan ofis yang mummy kenal since babah ditukarkan ke Mahkamah pada awal tahun 2010 kot. Mummy pun dah lupa. Motif pertama untuk hadiri majlis perkahwinan ex-staff Mahkamah n bercuti di Rimba Kemsah berdekatan area ZOO Negara, search dalam tenet mcm sempoi tp cakap tak serupa bikin..... persekitaran tak memuaskan mummy tak lama kat situ, sebab tempat pun macam agak scary jadi kami tak turun kereta pun. Cuma tengok-tengok tempat tu dari dalam kereta je....babah n team ja turun lawat kawasan penginapan n babah making decision turun KL ja la.....

Perjalanan yg memenatkan....Bayangkan kitaorg bertolak dari Penang kol 10.00 mlm sampai KL dalam kol 9 pagi.....Ya ALLAH perjalanan yg meletihkan........dah sampai KL hotel plak penuh....maklumlh time cuti sekolah....dalam kol 12 tgh baru dpt bilik n time tu semua dah weak giler.....mana tak nyer, seharian dalam kereta mcm travel gie Johor......naik kematu bontot.....

Bukan tu ja, time nak pilih Hotel pn menjadi masalh untuk kitaorg sbb berpecah team....ada hotel tp tak cukup bilik jd masing2 pilih hotel sendiri lebih afdal......babah pilih hotel yg paling dekat sbb azroiee dah meragam......pilihan terbaik PRESCOTT HOTEL......lepas dah mengembalikan tenaga mummy n keluarga gie jalan2 kat TAR n SOGO......Ya ALLAH punyalh ramai nak pilih pun berimpit-impit....tak jdlh n bergerak terus ke jalan TAR n mummy sempat borong kain pasang untuk jualan bila blik penang.....time mummy gie jalan TAR dorg ada Pasar Malam jd ramailh pengunjung nyer.....dengan bersesak-sesak, azroiee dah menunjukkan perubahan yg membimbangkan....

Mood bercuti terus hilang sbb suhu badan azroiee panas....huhu....time tu la kalut nak cari farmasi bagai.....nak beli cool fever n panadol syrup.....nak jalan jauh pn kesian plak n cuaca panas sangat.....berkurung la dalam hotel tunggu sampai petang baru kluar semula.....

Keesokan check out kol 12tgh n last shopping area Masjid India n bergerak ke majlis perkahwinan kawan babah.....al-maklumlh perut pn dah berkeroncong minta diisi.....masa kat Majlis Kahwin tu pn dah tak best sbb azroiee dah weak sangat2 n memerlukan tempat beristirehat.....kesian azroiee, dia tak meragam langsung cuma merenggek nak dibaringkan ja.....sementara tunggu babah borak2 mummy bawak azroiee gie rehat dalam kereta....mummy n family bertolak lebih awal sbb kesian kat azroiee n harap untuk percutian tahun nie akan tersusun yer....... 



mengisi perut sambil menunggu babah cari Hotel

misi mencari Hotel diketuai oleh Kak Fred

BMW a.k.a WAJA

staff mahkamah vouge da vass

muka mummy sebulat bola

Kak Fred pening memikirkan tempat penginapan

future brother- in- law



menunggu serahan kunci bilik

terbongkang tido....

babah menyorok di celah kangkang azroiee


azroiee menunjukkan tanda2 tak sedap badan




posing ibarat Datin Nurjuma




muka kelesuan

pengantin yang diraikan

serasi bersama

3 dara pingitan

staff mahkamah yg terbaek dari Ladang

Secara kesimpulannya, mummy rasa percutian ke KL tak memuaskan sbb letih sangat2 n tak berpuas hati sbb tak sempat mandi manda kat rimba kemensah.....