Tuesday, January 03, 2012

RIADAH BERSAMA ANAK

Hujung minggu adalah masa emas untuk azroiee. Sebab hujung minggu mummy & babah boleh mengadap azroiee lebih lama dari hari  bekerja. Indah kan? mummy memang ternanti-nanti hari hujung minggu sebab macam-macam boleh lakukan tanpa fikirkan hal kerja.......

Tp bukan kata hujung minggu ja tiap2 malam masa emas bersama azroiee...Mummy jenis bosan duduk rumah, walaupn letih mummy tetap akan ajak babah keluar jalan-jalan tak kira la pukul brapa asal tak memerap kat umah udah la.....dah betul2 letih baru balik n bersiap sedia untuk tido...itulah aktiviti mummy n family...nasib baik babah jenis yg sama.....tak memerap kat umah.....jd takda masalah la nak keluar malam.....

Bleh dikatakan tiap2 malam mummy bawak azroiee kluar ....Lepas ja balik keja terus ambik azroiee umah baby sitter n gie makan kat area Ayer Itam....lepas tu singgah shopping kompleks.....kadang2 dah penuh stok dapur tp nak gak keluar.....bkn nak perabis duit, sekadar nak menghabiskan masa malam bersama azroiee....kadang2 tersasar gak....tp bila shopping dengan azroiee, mummy rasa itu adalah terapi diri paling hebat......Sambil shopping sambil berbual-bual dengan azroiee. Bolehlah kalau nak jadikan ianya satu aktiviti terapi yang hebat bersama anak. Ada komunikasi antara dua hala terjadi di situ. Bagus bukan?

Tambah pulak azroiee skrang dah pandai jalan lg panjang la langkah nyer....Tapi tak kisahlah penat ke, berpeluh ketiak ke, make up cair dek kejarkan azroiee, kena berulang-ulang kali lap lantai sebab azroiee sepahkan makanan ke atau apa-apa sekalipun mummy memang tak kisah sangat. Janji boleh luangkan masa emas dengan azroiee, itu dah cukup indah buat mummy & babah.













Lokasi : Times Square

No comments:

Post a Comment