Thursday, December 22, 2011

GANGGUAN TIDO

Assalamualaikum..

Cepat nyer masa berlalu, beberapa hari lg dah nak masuk tahun baru....Apa khabar kawan2? sihat ke hari ni..mummy dah sarapan nasi lemak tadi, ingatkan letih kelaparan, tapi mummy memang letih nak membuta jek.. hehe.. tapi tak dapat la nak tido waktu opis hour ni kan, walau pun mata ni macam redup je.. huhu..

Meh nak citer tentang penyakit misteri Azroiee Taufiq....Alhamdulilh skrg dah kurang sikit meragam cuma tido nya masih lagi terjaga around tengah malam & nangis mahu diambil....Sometimes biar ja azroiee tido with us sampai ke pagi.

Bercerita tentang penyakit azroiee nie bermula 2 minggu lepas time babah kena stayback untuk urusan pindah ofis jd mummy n azroiee pn sibukkan diri temankan babah......lewat malam baru balik....maghrib entah kat mana2...lepas tu singgah makan kat Little India....nak dijadikan citer.....masa tu parking takda jd babah park jauh sikit dari kedai makan.....jd kena lalu depan kuil....time balik tu azroiee nangis sambil tunjuk2 kuil tu....siap ketar2 lg....babah terus masuk n start keta.....

Sejak malam tu azroiee kerap mengigau n baru2 nie mummy n family borak kat luar rumah.....around 9.00 malam kot....lepas ja family mummy balik azroiee mengigau n tak nak tido kat cot dia....patut la orang tua-tua cakap bila senja, tutup pintu tingkat rapat2, duk diam2 dalam rumah.....jangan keluar rumah mcm perintah berkurung gayanya.....

Semlm lepas ofis hour, mummy bawak azroiee balik umah MIL sbb nak jumpa pakcik nie.....dia bleh baca doa untuk perlindungan azroiee tp pakcik tu takda kat umah plak.......ada orang selalu menyampah bila kaitkan penyakit dengan alam ghaib. Tak percaya pada perubatan islam. Percaya yang nampak dengan mata aje. Moden konon nyer. Terpulang la yer kengkawan.......pada mummy, perubatan islam juga salah satu ikhtiar dalam melawan penyakit.....Tak rugi mencuba nyer.....mostly guna ayat al-quran ja pun.....amalkan membaca beberapa petikan surah. dapat juga pahala yer.....

Tepuk dada tanyalah iman....

Kebetulan td mummy terbaca tentang gangguan jin & syaitan. Meh mummy copy paste kat kengkawan yer...

Jika nak tahu anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan:

  • Adalah matanya melilau melihat sekeliling
  • Menangis yang tiada air mata
  • Menangis seolah seperti di cubit
  • Menangis dalam keadaan takut
  • Tidur dalam keadaan takut
  • Tidur dalam keadaan terkejut-kejut
  • Tidur di selang seli dengan tangisan
  • Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari....
Lebih kurang dengan keadaan Azroiee ja......

No comments:

Post a Comment