Wednesday, September 21, 2011

SEPULUH BULAN AZROIEE TAUFIQ

Hari ini genap umur anak teruna mummy itu sepuluh bulan. Tup tup tup sudah sepuluh bulan. bermakna sudah hampir setahun. sekejap bukan?

sepanjang sepuluh bulan bermacam-macam ragam mummy hadapi dalam membesarkan anak teruna mummy itu. w/pun boleh dikatakan hampir 70% kehidupan mummy berubah sejak ada anak ini tetapi mummy rasa gembira dengan kehidupan mummy semenjak bergelar 'mummy'. 'wei atika rafina engkau dah jadi mak budak'. yehaaa mummy dah jadi mak budak yang kadang-kala sangat cengeng. bunyinya sangat kelakar tapi itu realitinya.


anak teruna nie baru 7kg++. kecik bukan? ada petua tak, nak bagi bam bam lagi?
 
realitinya azroiee sudah makin lasak, makin nakal, tidak takut pada air lagi, pandai merajuk, kuat membebel, dah mula kenal orang dan yang pastinya dia sudah senang tidur pada waktu malam.

azroiee juga sudah mula belajar untuk duduk. sekarang nie azroiee tak berapa suka duduk dalam stroller. if duduk dalam stroller selalunya azroiee mesti nak duduk. dah tak mahu baring lagi. konon-kononnya azroiee nak tunjuk yang diri dia tu dah kukuhlah bila duduk. sedangkan dia masih tahap belajar untuk duduk. tak pelah azroiee belajarlah step by step ok.
 
si kecik yang pandai bermain mata...

untuk anak mummy,
selamat ulangtahun yang ke sepuluh bulan. malam nie kalau mummy tak penat kita pi jalan-jalan tengok lampu dengan babah ok. semoga azroiee jadi orang yang berguna bila besar nanti. mudah-mudahan
.

WORDLESS WEDNESDAY 2: MAINAN BARU




Tuesday, September 20, 2011

MAJLIS HARI RAYA ~UPEN ~

Hari Khamis lepas ofis tempat mummy berkhidmat iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (UPEN) anjurkan makan2 sempena Hari Raya. Bertempat di Menara KOMTAR dari jam 11 pagi hingga makanan habis!....hehehe

Antara menu nya ialah Nasi Daging berserta Air Asam dan pelbagai jenis menu lain. Mummy cuma sempat makan Nasi Daging lepas majlis sbb dah penuh dengan menu ringan yg disediakan. Tp Spaggeti yg dibawa oleh Kak Ismawati memang terbaek mummy tell you...Nasib baik ambil awal2 sebab lepas tu orang dah mula beratur sampai keluar pintu ofis...

Layan gambar jom. Maaflah mummy & the geng memang over sikit klu bab2 bergambar. Perasan DIVA sesangat masing2....



 DIVA2 MASUK PANTRY






 WARGA UPEN

 BACAAN DOA SEBELUM JAMUAN MAKAN2





SEBAHAGIAN KAKITANGAN SUK MENARA KOMTAR

MUMMY MENGEDIK DIVA


Berderet gambar untuk di upload. Itu mummy simpan esok2 yer.....

Tuesday, September 13, 2011

RAYA WEEKEND ~ CAMERON HIGHLAND

I ♥ CAMERON HIGHLAND

Salah satu tempat wajib pergi hampir setiap tahun. Tahun lepas masa mummy preggy pn pergi sini juga. Azroiee masih ada dalam perut waktu tu. Kecil lagi. Rindu ~ 

Perjalanan yg memenatkan sbb sesak sgt....al-maklumlh gie time raya....raya ke-3 mummy n family dah berangkat dari penang....bertolak dari rumah pn lewat sbb babah nak servis keta dulu....katanya last servis, time gie KL dulu....makna nyer dah lama tak servis.....

Setiap perhentian babah berhenti sbb babah jenis tak suka terus memandu,letih kata nyer fokus jalan ja...lg satu azroiee plak 'pupu' jd kenalh berhenti kat perhentian Sg. Perak....dah la nak cari parking punya la susah...nasib baik RELA memahami.....babah park kat tepi ja n cakap kat RELA yg nak gie toilet....

Mummy n family selamat sampai Cameron kol 8.30 mlm....pilih punya pilih, tanya punya tanya, survey punya survey maka terjumpalh  Hotel kat town area Brincang...pilihan mummy n keluarga adalah Hotel Rainbow.....ok gak la...mak mummy pilih family room....kesemua nyer berkumpul dalam satu bilik la jawab nyer.....

Lepas dah check in, misi nak mencari benda makan kat night market Brincang....sebelum tu misi mummy adalah mencari baju sejuk azroiee sbb tak sempat nak cari time kat penang...maklumlh sibuk memanjang....dah dapat terus sarung kat badan si kecil....cute mute....ronda2 until kol 11 lebih lepas tu time to sleep....


Aktiviti 4 Syawal

mummy n family gie minum2 kat ladang teh....sempoi gak sbb teh yg dihidangkan semua unik2....sesuai dgn tekak....

Lawat ladang stawberi n makan aiskrim dari ladang stawberi....memg terbaek dari ladang....

jejalan kat kedai2 yg membekalkan cenderahati berasaskan stawberi....cantik2 tp mummy tak beli apa pn untuk kengkawan or adik beradik....babah cakap kita dtg bercuti bukan bershoping....jd misi mummy kali ini adalah bercuti ja....

mummy n family berada 2 malam di Cameron hari berikut nyer kami bertolak dari Cameron ke KL melalui jalan apa entah.....berlekok2 smpai nak termuntah hendak nyer....lepas tu terjebak dalam kesesakan lalu lintas lg...bertambah pening la jawab nyer.....sampai ja KL mummy n family pilih Hotel kat area Masjid Negeri ....Hotel Hibiscus....

Lepas dah segarkan badan, mummy gie jalan2 SOGO sbb mak mummy n adik beradik yg lain nak bershoping kat sana....mak mummy sempat grab Purfume GUESS...wangi la gak....adik2 yg lain grab baju....takdalh murah sangat....sama mcm kat penang tp napa entah adik beradik mummy nak gak shoping kat SOGO....mungkin nampak GRAND sbb shoping kat KL...hehe....

keesokkan nyer tempat yg wajib pergi untuk kaum ibu-ibu....hehehe...IKEA....lalalala....mummy borong sakan sbb babah sponsor....kebanyakkan nyer borong barang azroiee...mummy cuma borong tempat letak ais ketul & tong sampah tin ja.....huhuhu...

over all,walaupun singkat tp gembira! at least azroiee sudah ada pengalaman bercuti pertama kali...just like ayah bawak mummy masa kecil2 dulu...cuma azroiee ada gambar sebagai bukti...mummy dulu mana ada camera mcm nie...

walaupun gie sekejap saja 4 hari 3 malam cukup buat kami sekeluarga luang masa bersama-sama....bukan senang untuk buat begini selalu...kasih sayang semakin hari semakin mendalam buat semua...love u all so much.....


























SEBELUM TERLAMBAT ~RAYA~

Assalamualaikum

Agak lambat mummy membuat entri berkaitan kisah-kisah raya ini. Biasalah sifat pemalas sebagai alasan utama :P. lebih selesa membaca entri-entri teman bloggers yg lain. Sebenarnya mummy ada buat beberapa entri sebelum hari raya hari tu tapi disebabkan mummy sibuk memanjang jadi mummy tak dapat nak publish entri tu. Ingat nak publish ja entri tu hari ni tapi bila fikir-fikir balik tak payahlah sebab entri tu pun banyak cerita pasal hal sebelum hari raya masa bulan puasa hari tu. Cerita tu pun dah basi. Jadi baik mumy peram je entri tu. Entri ini pn dah suam-suam kuku, itu pn sbb ada sedikit mood untuk menaip.


Rata-rata bila mummy blog walking masing-masing membuat entri tentang raya. seronok jugak layan baca sambil tengok gambar raya kawan-kawan. mummy pun nak jugak buat entri tentang raya...haha sebenarnya mummy tak ada idea pun nak menulis tentang raya mummy kali nie. sebab mummy rasa raya mummy biasa-biasa jer. cuma yang bestnyer raya mummy kali nie ada azroiee taufiq. best sangat raya dah ada anak nie. serius mummy cakap nie.


w/pun penat melayan azroiee yang makin lasak, sampaikan tak nak duduk n nak berdukung ja....mungkin kurang selesa bila ramai  orang...
w/pun azroiee kadang-kadang dia boleh pulak "pupu" bila mummy datang beraya kat rumah orang...

w/pun kadang-kadang azroiee menangis keletihan ikut mummy n babah beraya...


JAWAPAN RAYA KALI INI : mummy teruja beraya bersama anak mummy :)

Tiap-tiap tahun raya mummy balik umah MIL dulu  kat Tanjung Bungah (Penang) kampung Babah. tp tahun nie lambat sikit balik sbb tolong mak mummy punggah barang niaga sampai kol 12 malam lepas tu bertolak ke Sg. Ara dulu sbb ambik Ketupat  nak tambahkn  hidangan yg sediada...lepas tu baru bertolak ke Tanjung Bungah sambil dengar lagu raya. macam best pulak kan dengar lagu raya dalam kereta masa on d way balik kampung. (macam kampung suami mummy tu jauh sangat kan? sedangkan kat area penang jugak. haha)

mummy citer ja raya kat Tanjung Bungah tp dalam hari yg sama mummy balik beraya bersama family mummy gak....nasib baik kawin ngan orang dekat....klu tak tiap-tiap tahun bergaduh sakan....mana tak nyer, lepas ja solat sunat raya dah gelabah nak balik umah keluarga....bertuah kawin ngan babah yg jenis tak banyak cakap....tak nak gaduh or merajuk n babah terpaksa ikut gak mummy balik  umah keluarga mummy...motif mummy cuma nak tangkap gambar hari raya bersama keluarga...poyo kan? gambar raya mummy kali nie pun tak berapa nak best. sebab gambar raya di ambil kalut2 sbb mak mummy nak gie kubur....gambar masa di Tanjung Bungah mummy tak bawak pun kamera. tapi oklah kan daripada tak ada langsung gambar raya. oklah mummy dah tak ada idea nak menulis. selamat hari raya semua :)